Aksi Benoit Paire ketika berdepan Steve Johnson di kejohanan Terbuka Winston-Salem, North Carolina. FOTO AFP
Aksi Benoit Paire ketika berdepan Steve Johnson di kejohanan Terbuka Winston-Salem, North Carolina. FOTO AFP
AFP

PILIHAN utama, Benoit Paire dan Denis Shapovalov mara ke pusingan separuh akhir dalam keadaan cuaca terik di Kejohanan ATP Terbuka Winston-Salem, North Carolina, awal pagi ini, seterusnya menambah keyakinan memburu kejuaraan menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pemain Perancis, Paire, yang berada di ranking ke-30 dunia, selamat daripada aksi mendebarkan pada set kedua untuk menewaskan pemain Sepanyol, Pablo Carreno-Busta 7-6 (7/5), 1-6, 6-3.

Dia menempah tempat separuh akhir bertemu pemain Amerika, Steve Johnson yang menewaskan pemain Australia, John Millman 4-6, 7-6 (7/5), 6-4.

Paire memburu kejuaraan ketika peribadi pada 2019 selepas kejayaan di Marrakesh dan Lyon sementara pilihan kedua dari Kanada, Shapovalov hanya perlawanan kedua separuh akhir musim ini.

Shapovalov mara ke peringkat separuh akhir. FOTO AFP
Shapovalov mara ke peringkat separuh akhir. FOTO AFP

Bintang Kanada yang semakin meningkat naik itu memenangi perlawanan berturut-turut sejak mara ke peringkat empat terakhir di Miami pada Mac.

Namun kehadirannya mampu memberi cabaran sengit dengan Terbuka AS bermula Isnin di Flushing Meadows, selepas mendapat bantuan jurulatih baru, Mikhail Youzhny.

Shapovalov menewaskan pemain Russia, Andrey Rublev 6-3, 7-6 (7/4) untuk tempat ke separuh akhir berdepan pilihan ketiga Hubert Hurkacz dari Poland, yang menewaskan wakil Amerika, Frances Tiafoe 4-6, 7-6 (7/1), 6-1.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 11:36 AM