Johanna Konta berjaya mara ke peringkat separuh akhir. FOTO Reuters.
Johanna Konta berjaya mara ke peringkat separuh akhir. FOTO Reuters.
Reuters

NOVAK Djokovic, Rafael Nadal dan Johanna Konta melangkah ke peringkat Separuh Akhir Kejohanan Tenis Terbuka Itali awal pagi ini, namun Roger Federer dan Naomi Osaka terpaksa menarik diri berikutan masalah kecederaan.

Pemain nombor satu, Naomi menarik diri di peringkat suku ketika menentang Kiki Bertens berikut kecederaan tangan yang dialami sebelum pemain berusia 37 tahun Federer umum tarik diri kerana kecederaan kaki kanan.

Djokovic menewaskan Juan Martin del Potro 4-6, 7-6, (8-6), 6-4, dalam aksi sengit selama tiga jam untuk melangkah ke separuh akhir berdepan seorang lagi pemain Argentina, Diego Schwartzman.

Selepas pemain nombor 24, Schwartzman menewaskan pilihan ke enam dari Jepun, Kei Nishikori, 6-4, 6-2.

Juara bertahan Terbuka Itali, Nadal akan bertemu Stefanos Tsitsipas di separuh akhir selepas mengatasi rakan senegara Fernando Verdasco, 6-4, 6-0.

Seminggu selepas kekalahan kepada pemain Greece di peringkat sama pada Terbuka Madrid, Nadal, 32, pastinya bersemangat mahu menembus kekalahannya selepas menemui rentak di kejohanan itu seterusnya memburu kejuaraan ke-12 di Roland Garros.

Tsitsipas, 20, mara selepas Federer menarik diri daripada perlawanan.

Novak Djokovic pada aksi separuh akhir Terbuka Itali. FOTO Reuters
Novak Djokovic pada aksi separuh akhir Terbuka Itali. FOTO Reuters

“Saya tidak beraksi buruk pada awal permainan namun dia bermain tenis dengan luar biasa.” kata Nadal.

“Tiada kesilapan, lebih banyak kemenangan, mengambil pukulan bola lebih awal. Ia agak sukar pada set pertama. Ia adalah satu daripada set pertama yang membuatkan saya gembira.

“Saya fikir saya mempunyai perasaan yang bagus sepanjang perlawanan. Kemudian selepas menang set pertama, sudah tentu saya memperlahankan sedikit rentak pada set kedua, tetapi saya bernasib baik kerana dapat beraksi agresif dan melakukan pukulan balas dengan baik.

“Saya melakukan banyak perkara dengan baik. Saya sangat gembira untuk mara ke separuh akhir lagi. Ia kejayaan yang cukup bagus.”

Sementara aksi perlawanan wanita menyaksikan Johanna Konta berjaya menempah tempat ke peringkat separuh akhir pertamanya di Rome dengan kemenangan ke atas pemain Czech, Marketa Vondrousova, 6-3, 3-6, 6-1.

Pemain Britain yang menewaskan pemain Amerika, Sloane Stephens dan Venus Williams pada aksi sebelum itu akan berdepan pemain pilihan keenam Bertens.

Juara Terbuka Madrid itu mara selepas Naomi menarik diri daripada perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 10:00 AM