GELAGAT Hamilton selepas tamat sesi kelayakan  GP Perancis di  Le Castellet. - FOTO Agensi
GELAGAT Hamilton selepas tamat sesi kelayakan GP Perancis di Le Castellet. - FOTO Agensi
AFP

LEWIS Hamilton menduduki petak utama ketiganya tahun ini selepas mengungguli sesi kelayakan Formula Satu Grand Prix (GP) Perancis dengan rakan sepasukan, Valtteri Bottas melengkapkan penguasaan barisan depan Mercedes.

Juara dunia lima kali itu mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 28.319 saat sekali gus petak utama ke-86 dalam karier pelumba Britain itu yang memenangi perlumbaan tahun lalu selain melengkapkan barisan hadapan ke-63 buat pasukan Mercedes.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc akan memulakan perlumbaan di petak ketiga disusuli pelumba Red Bull, Max Verstappen.

Pelumba Britain, Lando Norris pula mencatat masa kelima terpantas bersama McLaren diikuti Carlos Sainz keenam manakala pelumba Ferrari, Sebastian Vettel yang menghadapi masalah kotak gear ketika sesi kelayakan ketiga bermula di petak ketujuh.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2019 @ 12:13 AM