Aksi pelumba Mercedes, Lewis Hamilton pada sesi latihan menjelang GP Itali. FOTO AFP
Aksi pelumba Mercedes, Lewis Hamilton pada sesi latihan menjelang GP Itali. FOTO AFP
AFP

LEWIS Hamilton mengesahkan kedudukan di petak depan dengan mencatat rekod baharu pusingan kelayakan di Monza menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Itali, esok ketika Valtteri Bottas menduduki tempat kedua kelayakan untuk memastikan penguasaan Mercedes di barisan hadapan.

Pelumba McLaren, Carlos Sainz mencatat ketiga terpantas dan disertai Sergio Perez dari Racing Point di petak kedua.

Sesi kelayakan itu sekali lagi mengecewakan buat Ferrari ketika Sebastian Vettel gagal bersaingan dalam kelayakan Q1 dan Charles Leclerc di Q2.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2020 @ 10:26 PM