Pelbagai cara digunakan untuk memastikan Sala ke Cardiff. FOTO REUTERS
Pelbagai cara digunakan untuk memastikan Sala ke Cardiff. FOTO REUTERS
Agensi

EMILIANO Sala tidak mahu menyertai Cardiff City dan perkara itu didedahkan menerusi mesej pesanan suara ditinggalkan oleh penyerang itu.

Pemain dari Argentina itu mendedahkannya kepada sahabat rapatnya mengenai kontrak bersama kelab itu dua minggu sebelum terbunuh selepas pesawat dinaiki terhempas ketika dalam perjalanan ke ibu kota Wales itu darip Nantes, Perancis.

Mesej pesanan suara Whatsapp pada 6 Januari itu didedahkan menerusi dokumentari L’Equipe Enquete, petang semalam.

Sala berkata: “Malam tadi, saya menghantar mesej kepada ejen saya, Meissa N’Diaye. Dia menghubungi saya beberapa jam kemudian.

“Jadi, kami mengadakan perbincangan dan dia memberitahu Franck Kita iaitu anak kepada pemilik Nantes, Waldemar menghantarnya mesej untuk bercakap, jadi dia menghubunginya.

Mereka bercakap. Mereka mahu menjual saya.

“Jadi, ada tawaran daripada Cardiff. Bagi pihak mereka, mereka merundingkan nilai wang yang banyak. Jadi, mereka memang benar-benar mahu saya ke sana (Cardiff).

“Memang benar ia kontrak yang bagus tetapi daripada perspektif bolasepak, ia tidak menarik buat saya.

“Jadi, mereka mencuba pelbagai cara untuk membolehkan saya ke sana.

“Saya tidak takut ke sana kerana sentiasa bertarung dalam karier saya, jadi pergi ke sana dan bertarung tidak membuatkan saya berasa takut.

“Bagaimanapun, saya memberitahu diri saya sendiri Meissa perlu mencari sesuatu lebih baik buat saya buat masa ini sehinggalah penghujung jendela perpindahan.

Meissa berkata, dia berkata tidak kepada Cardiff kerana dia tidak mahu saya ke sana.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 6:17 PM