Raul Jimenez (kiri) tonggak Wolves. FOTO Agensi
Raul Jimenez (kiri) tonggak Wolves. FOTO Agensi
Agensi

WOLVES akan beraksi di saingan bola sepak Eropah musim depan buat pertama kali sejak 1980 susulan kemenangan Manchester City pada Piala FA bertemu Watford di Wembley, malam tadi.

Barisan kendalian Nuno Espirito Santo menamatkan saingan di Liga Perdana pada kedudukan ke tujuh liga namun mungkin terlepas aksi di Liga Europa jika Watford memenangi Piala FA itu.

Wolves akan memulakan kempen di pusingan kedua kelayakan. Manchester United, yang menamatkan saingan di kedudukan keenam liga, akan terus bersaing dalam peringkat kumpulan Liga Europa.

City sudah layak bersaing di Liga Juara-Juara sebelum kejayaan Piala FA, bermakna memberi satu ruang buat kelab Inggeris lain beraksi di peringkat Eropah.

Namun Watford, yang menaruh harapan untuk memenangi trofi utama berkenaan buat pertama kali, gagal memanfaatkan peluang itu.

Ia juga bermakna United terpaksa melupakan jadual perlawanan pra musim mereka selepas dijadualkan berdepan Tottenham di Shanghai pada hari sama pusingan kedua kelayakan Liga Europa bermula.

Wolves pernah tampil dalam enam kempen saingan Eropah namun menduduki tempat kedua di Piala UEFA pada 1971-72.

Dalam pada itu, Liverpool yang menduduki tempat kedua Liga Perdana Inggeris akan berdepan Manchester City dalam pertembungan Perisai Komuniti pada Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 1:54 PM