JIMENEZ (kanan) antara pemain yang dikaitkan akan meninggalkan Wolves musim depan. FOTO AFP
JIMENEZ (kanan) antara pemain yang dikaitkan akan meninggalkan Wolves musim depan. FOTO AFP
AFP

PENGURUS Wolverhampton Wanderers, Nuno Espirito yakin pasukannya dapat menngekalkan pemain terbaik walaupun mereka gagal melakukan kejutan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Wolves akan berdepan seteru Midlands, Aston Villa hari ini dan masih lagi berusaha untuk menamatkan saingan di kedudukan empat terbaik walaupun baru musim kedua kembali bersaing di Liga Perdana Inggeris (EPL)

Pasukan bimbingan Espirito itu sekarang ini menduduki tangga keenam, lima mata di belakang Chelsea yang berada di tempat keempat dan berkongsi mata dengan Manchester United.

Bagaimanapun, kedudukan kelima sudah cukup untuk layak ke Liga Juara-Juara jika Manchester City digantung menyertai sebarang saingan Eropah selepas melanggar peraturan kewangan (FFP) dan rayuan mereka ditolak Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Ruben Neves, Adama Traore dan Raul Jimenez semuanya dikaitkan akan meninggalkan Molineux jika Wolves gagal untuk menempatkan diri dalam kalangan kelab elit Eropah.

"Saya tidak merasakan itu adalah sebabnya mereka berada di sini. Sebabnya mereka gembira bekerja bersama-sama jadi kami tidak perlu untuk mencapai apa-apa bagi mengekalkan mereka di sini.

"Kami tidak rasa disebabkan itu (empat kelompok teratas). Tidak ada sebarang perlumbaan untuk sebab tertentu. Perlumbaan hanyalah untuk bersaing, mempertingkat prestasi dan memberikan persembahan terbaik.

"Kami sangat bangga dengan kerja yang kami lakukan, kami mencapai sesuatu yang sangat penting dan luar biasa tapi perjalanan masih jauh, masih ada ruang harus dipertingkatkan," kata pengurus kelahiran Portugal itu.

Selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wes Ham, Wolves berjaya melakukan perkara sama apabila menumpaskan Bournemouth 1-0.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2020 @ 10:31 AM