Kian Meng dan Pei Jing gagal mara ke final Kejohanan Terbuka Malaysia. FOTO Syarafiq Abd Samad.
Kian Meng dan Pei Jing gagal mara ke final Kejohanan Terbuka Malaysia. FOTO Syarafiq Abd Samad.
Ferzalfie Fauzi


WAKIL tunggal negara di separuh akhir Terbuka Malaysia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tidak berjaya mara ke perlawanan akhir selepas tumpas kepada Wang Yilyu-Huang Dongping dari China sebentar tadi.

Pasangan beregu campuran negara itu, terpaksa akur dengan kehebatan pilihan kedua kejohanan apabila kalah straight set 21-13, 21-17 di Arena Axiata, Kuala Lumpur.

Berdasarkan rekod pertemuan ini adalah kali keenam berturut-turut Kian Meng-Pei Jing tumpas di tangan beregu nombor dua dunia itu.

Perlawanan akhir beregu campuran esok menyaksikan pertemuan sesama sendiri pemain China, apabila dalam satu lagi aksi separuh akhir pilihan utama, Zheng Siwei-Huang Yaqiong mengalahkan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 21-14, 21-9.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2019 @ 6:21 PM