PENG Soon-Liu Ying tewas kepada Zheng Siwei-Huang Yaqiong 16-21, 21-17, 14-21 dalam tempoh sejam.
PENG Soon-Liu Ying tewas kepada Zheng Siwei-Huang Yaqiong 16-21, 21-17, 14-21 dalam tempoh sejam.
Helmi Talkah


CABARAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pada saingan Terbuka Jepun berakhir apabila tewas pada separuh akhir, sebentar tadi.

Juara edisi 2012 itu terpaksa akur apabila tunduk di tangan pasangan nombor satu dunia dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong 16-21, 21-17, 14-21 dalam tempoh sejam.

Kemenangan itu menyaksikan Siwei-Yaqiong berjaya membalas dendam atas kekalahan mereka kepada Peng Soon-Liu Ying pada Terbuka Indonesia, Julai lalu.

Siwei-Yaqiong akan bertemu pemenang perlawanan antara Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun dengan pasangan China, Wang Yilyu-Huang Dingping untuk perebutan gelaran juara esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 September 2018 @ 11:08 AM