FRANCESCO MOLINARI
FRANCESCO MOLINARI
Agensi

DUBAI: Pemain Itali, Francesco Molinari berada di landasan tepat untuk meraih gelaran pertamanya dalam kejohanan Race to Dubai selepas menamatkan pusingan pembukaan Kejuaraan Jelajah Dunia DP dengan kelebihan satu pukulan daripada pesaing utamanya, Tommy Fleetwood.

Pemain berusia 36 tahun itu hanya boleh dinafikan gelaran keseluruhan sekiranya Fleetwood memenangi finale musim dan dia menamatkan saingan di bawah kedudukan kelima dengan salah seorang pemain lain.

Molinari berada dua di belakang pendahulu Jordan Smith dan Andrian Otaegui dengan empat ‘under’.

Pemain England, Danny Willet berada di kedudukan lima bawah bersama pemain Sepanyol, Jon Rahm.

Molinari berkongsi kedudukan pendahulu selepas 14 lubang di Jumeirah Golf Estates, namun kemudiannya melakukan tiga putt di lubang ke-15 dan 18.

Pemain Itali yang juga rakan sepermainan Fleetwood itu berkata: “Baru hari Khamis jadi masih banyak perkara yang boleh berlaku. Kami berdua tidak memukul bola dengan baik tetapi kami mampu mengawalnya dan menutup dua pusingan dengan baik.

“Saya melakukan tugas dengan baik dengan memikirkan pukulan secara satu demi satu dan itulah yang perlu dilakukan. Saya tidak memikirkan apa-apa manfaat mengenai apakah yang bakal berlaku. Ia masih terlalu awal.”

Fleetwood yang bekerjasama bersama Molinari di Piala Ryder dengan dikenali sebagai ‘Moliwood’, berkata: “Kamu memasuki minggu ini dengan mempunyai peluang ke Race to Dubai - satu pusingan terjatuh dan kami masih mempunyai peluang.

“Selagi kami mampu mempunyai kekuatan, kami gembira dan akan terus berjuang.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 November 2018 @ 11:31 AM