MOLINARI dan isterinya ketika mengungguli Open Championship. FOTO/AFP
MOLINARI dan isterinya ketika mengungguli Open Championship. FOTO/AFP
AFP

PARIS: Juara baharu Terbuka British Francesco Molinari melonjak ke ranking terbaik kariernya di tangga keenam dunia, manakala juara major 14 kali Tiger Woods kembali menyertai kelompok 50 terbaik.

Molinari muncul pemain Itali pertama dalam sejarah memenangi salah satu daripada empat kejohanan major di Carnoustie Ahad lalu, dan melonjak sembilan anak tangga untuk kini mendahului senarai pungutan mata Piala Ryder Eropah.

Pemain 35 tahun itu memulakan kempen tahun ini di luar kelompok 20 terbaik, tetapi prestasi baiknya menyaksikan kemenangan dicatat dalam Kejuaraan PGA Eropah serta Quicken Loans National.

Woods yang bergelut dengan kecederaan belakang, berada di luar kelompok 1,000 dunia sebelum kepulangan terbaru akhir tahun lalu, tetapi melonjak 21 anak tangga ke tangga ke-50 selepas terikat di tempat keenam di Terbuka British.

Bintang dari Amerika Syarikat itu perlu menyertai kelompok 50 terbaik bagi melayakkan diri ke Jemputan Bridgestone WGC yang akan di adakan di Firestone, Ohio bulan depan – kejohanan yang pernah dimenanginya sebanyak lapan kali.

Pemain 42 tahun itu berpeluang memenangi major pertamanya selepas 10 tahun, tetapi tercicir sebaik memasuki sembilan lubang terakhir permainan di Carnoustie.

Dustin Johnson kekal di tangga teratas dunia manakala Justin Rose dari England di tangga kedua selepas terikat dengan tiga pemain lain di tempat kedua Terbuka British. Justin Thomas turun satu anak tangga ke tangga ketiga. – AFP

Ranking golf dunia

1. Dustin Johnson 9.45 mata

2. Justin Rose 8.87 (+1)

3. Justin Thomas 8.31 (-1)

4. Brooks Koepka 7.83

5. Jon Rahm 7.37

6. Francesco Molinari 7.34 (+9)

7. Rory McIlroy 7.29 (+1)

8. Jordan Spieth 7.28 (-2)

9. Rickie Fowle 6.73 (-2)

10. Jason Day 6.35 (-1)

11. Tommy Fleetwood 5.99 (-1)

12. Alex Noren 5.53 (-1)

13. Patrick Reed 5.48 (-1)

14. Bubba Watson 5.40 (-1)

15. Paul Casey 5.35 (-1)

16. Hideki Matsuyama 4.92

17. Henrik Stenson 4.76

18. Xander Schauffele 4.54 (+6)

19. Marc Leishman 4.54 (-1)

20. Sergio Garcia 4.34 (-1)

...

50. Tiger Woods (USA) 2.38 (+21)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Julai 2018 @ 7:34 AM