PASUKAN hoki negara menewaskan Jepun dalam penentuan shoot-out. FOTO/MHC
PASUKAN hoki negara menewaskan Jepun dalam penentuan shoot-out. FOTO/MHC
Jugjet Singh

 

KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil jalan sukar untuk meraih tempat ketiga Trofi Juara-Juara Asia selepas menumpaskan Jepun 3-2 menerusi penentuan shoot-out di Muscat, Oman.

Dalam perlawanan akhir, India dan Pakistan diumumkan sebagai juara bersama selepas cuaca buruk melanda Muscat sebelum aksi final bermula.

Selepas menunggu lebih dari sejam mesyuarat di antara pihak pengurusan antara kedua-dua pasukan dan Pengarah Teknikal, Brian Fernandez dari Malaysia memutuskan juara bersama antara India dan Pakistan adalah keputusan terbaik.

Sebelum itu, Malaysia dan Jepun terikat 2-2 dalam aksi sebenar namun juara Sukan Asia itu gagal dalam dua pukulan awal shoot-out, manakala anak buah Roelent Oltmans berjaya menyempurnakan tugas.

Nik Aiman Nik Rozemi, Norsyafiq Sumantri dan Tengku Ahmad Tajuddin berjaya menjaringkan gol dalam penentuan shoot-out.

Pada masa sebenar, Kenji Kitazato (minit ke-18) dan Hirotaka Wakuri (48) menjaringkan gol untuk Jepun, manakala Faizal Shaari menyumbat dua gol (20 dan 47).

"Kami tumpas pada aksi shoot out dengan Jepun (di Sukan Asia) tapi kami memenangi perlawanan ini. Kami gembira dapat memenangi perlawanan terakhir tapi kami lebih gembira jika dapat ke final," kata Oltmans.

"Hari ini tidak memihak kepada kami. Ia adalah hari di mana apa yang anda lakukan semuanya serba tidak kena," kata jurulatih Jepun, Seigfried Aikman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Oktober 2018 @ 4:00 PM