PENYERANG Schalke, Mark Uth (kiri) dapat panggilan sertai skuad Jerman kali pertama. FOTO AFP
PENYERANG Schalke, Mark Uth (kiri) dapat panggilan sertai skuad Jerman kali pertama. FOTO AFP
Reuters

BERLIN: Jerman menyenaraikan penyerang Schalke 04, Mark Uth buat kali pertama pada usia 27 tahun manakala pemain Manchester City, Leroy Sane mengekalkan tempatnya dalam skuad kendalian Joachim Loew.

Kedua-dua pemain itu berada dalam skuad 23 pemain bagi aksi Liga Negara Eropah menentang Belanda di laman lawan pada 13 Oktober ini dan Perancis tiga hari kemudian.

Uth meledak 14 gol Bundesliga bersama Hoffenheim musim lalu, sekalipun penyenaraian namanya masih mengejutkan kerana dia tidak begitu menyerlah pada awal musim ini susulan perpindahan ke Schalke.

“Kami sudah lama memantau Mark Uth,” kata Loew. “Dia seorang yang dinamik, pantas dan sering mencetus ancaman serangan. Kami mahu mengenalinya dengan lebih lanjut lagi.

“Kami mempunyai dua perlawanan penting yang akan dihadapi dengan amat serius. Keputusannya penting jika mahu layak dari kumpulan Liga Negara,” katanya.

Sane, dipilih sebagai pemain muda terbaik dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu, dipanggil semula ke skuad kebangsaan September lalu selepas secara mengejut diketepikan daripada skuad muktamad ke Piala Dunia Jun dan Julai lalu apabila Jerman tersingkir pada peringkat kumpulan.

Dia masuk sebagai pemain gantian ketika seri tanpa jaringan menentang Perancis namun menarik diri daripada aksi persahabatan menentang Peru di laman sendiri kerana alasan peribadi.

SKUAD JERMAN

Penjaga gol: Manuel Neuer (Bayern Munich), Marc-Andre ter Stegen (Barcelona), Kevin Trapp (Eintracht Frankfurt).

Pertahanan: Jerome Boateng (Bayern Munich), Matthias Ginter (Borussia Moenchengladbach), Jonas Hector (Cologne), Mats Hummels (Bayern Munich), Thilo Kehrer (Paris St-Germain), Antonio Rudiger (Chelsea), Nico Schulz (Hoffenheim), Niklas Suele (Bayern Munich).

Tengah/Serangan: Julian Brandt (Bayer Leverkusen), Julian Draxler (Paris SG), Joshua Kimmich (Bayern Munich), Leon Goretzka (Bayern Munich), Kai Havertz (Bayer Leverkusen), Leroy Sane (Manchester City), Mark Uth (Schalke 04), Marco Reus (Borussia Dortmund), Sebastian Rudy (Schalke 04), Toni Kroos (Real Madrid), Thomas Mueller (Bayern Munich), Timo Werner (RB Leipzig).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Oktober 2018 @ 12:12 AM