JUSTIN tolak tawaran United. FOTO/AFP
JUSTIN tolak tawaran United. FOTO/AFP
AFP

MILAN: Legenda bola sepak Belanda Patrick Kluivert berkata dia percaya anaknya Justin membuat keputusan tepat apabila menolak tawaran Manchester United untuk menyertai AS Roma.

Justin, 19, begitu hampir menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu pada musim panas lalu tetapi pemain sayap berkenaan memilih untuk berpindah ke Itali selepas dua tahun bersama Ajax.

“Saya rasa United juga akan menjadi lonjakan yang besar,” kata Patrick, 42, bekas penyerang Ajax, AC Milan dan Barcelona itu.

“Roma adalah kelab penting tetapi tekanannya lebih rendah. Roma kelab yang sudah biasa dengan dengan gaya permainan bagus. Ia tempat yang sesuai untuk Justin sekarang.”

Justin menandatangani kontrak sehingga 2023 dengan kelab yang menamatkan saingan di tangga ketiga Serie A musim lalu itu.

Pemain remaja itu pantas memberi impak apabila hantarannya menemui Edin Dzeko untuk gol kemenangan dalam perlawanan pembukaan Serie A menentang Torino hujung minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Ogos 2018 @ 2:17 PM