ABRAHAM bersama pengendali Roma, Mourinho. FOTO Agensi
ABRAHAM bersama pengendali Roma, Mourinho. FOTO Agensi
AFP

Rom: Tammy Abraham melengkapkan perpindahannya ke Roma dari Chelsea, umum kelab Serie A itu hari ini.

Penyerang muda England itu menyertai bekas pengurus Blues, Jose Mourinho di ibu kota Itali itu dengan kontrak lima tahun bernilai 40 juta euro (RM199 juta).

Media Itali melaporkan pemain berusia 23 tahun itu yang akan memakai jersi nombor sembilan milik Edin Dzeko yang berpindah ke Inter Milan bakal meraih 4.5 juta euro (RM22.41j) setiap musim.

"Anda akan dapat berasakan apabila sesebuah kelab itu benar-benar mahukan anda dan Roma menunjukkannya dengan jelas,'' kata Abraham dalam laman web Roma.

"Roma kelab yang amat dahagakan gelaran dan trofi. Saya miliki pengalaman menjulang trofi utama dan saya mahu nikmatinya sekali lagi. Jadi saya mahu membantu kelab ini mencapainya dan berada pada tahap sepatutnya."

Abraham berpindah ke Roma selepas Romelu Lukaku kembali ke Chelsea dengan harga £98 juta (RM574.8 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Ogos 2021 @ 8:41 PM