EDIN Dzeko. FOTO EPA
EDIN Dzeko. FOTO EPA
AFP

Milan: Edin Dzeko akan turun beraksi di San Siro bertemu rakan lamanya, Mohamed Salah apabila Inter Milan melayan kunjungan Liverpool pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi Khamis sekali gus mengimbas semula gandingan mereka berdua ketika di Roma.

Selepas karier yang malap di Chelsea dan Fiorentina, gandingan Salah dan Dzeko melonjakkan prestasi Roma dengan membantu kelab itu muncul naib juara Serie A pada musim 2016-2017.

Salah kemudian berhijrah ke Liverpool di mana di bawah bimbingan Jurgen Klopp dia muncul antara pemain terbaik dunia.

"Boleh dikatakan yang saya membantu Salah menjadi seperti apa yang anda lihat sekarang.

"Kami melalui detik cemerlang di Rom. Saya sangat gembira melihatnya, seorang pemain yang berhak meraih setiap kejayaan dikecapinya," kata Dzeko kepada Daily Mail.

Dzeko juga menunjukkan peningkatan prestasi sejak berhijrah dari Roma ke Inter Milan sekali gus menenggelamkan nama Romelu Lukaku yang berhijrah ke Chelsea.

Bintang Bosnia itu sudah menjaringkan 14 gol di kesemua pertandingan dan sering menjadi tonggak utama apabila diperlukan.

Dzeko tidak berasakan terdapat jurang yang besar antara Roma dengan Liverpool.

"Liverpool adalah pasukan yang bagus dan sukar untuk ditewaskan. Kami akan memberikan segala-galanya apabila bertemu mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Februari 2022 @ 10:11 AM