HAMILTON pamer aksi cemerlang untuk sambar petak utama GP Australia. -Foto AFP
HAMILTON pamer aksi cemerlang untuk sambar petak utama GP Australia. -Foto AFP
AFP

 

MELBOURNE: Pemanduan cemerlang juara dunia, Lewis Hamilton dalam pusingan terakhir sesi kelayakan hari ini, membantunya menyambar petak utama aksi pembuka tirai Formula Satu (F1) Grand Prix Australia, esok.

Juara dunia empat kali dari pasukan Mercedes itu mengetepikan pencabarnya dengan melakar catatan masa satu minit 21.164 saat (s) untuk meraih petak utama ke-73 sepanjang karier.

Pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel hanya akan memulakan aksi esok di petak kedua dan ketiga manakala wakil Red Bull, Max Verstappen keempat.

Hamilton memanfaatkan pusingan terakhir dengan mengatasi catatan masa Raikkonen 0.664s untuk menyambar petak utama.

Kepantasannya itu menjadi petunjuk betapa dia menjadi pelumba yang perlu ditewaskan selain menutup kehampaan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas yang mengalami insiden buruk di awal sesi kelayakan.

“Saya amat gembira dengan pusingan itu. Ia adalah pusingan yang menarik,” kata Hamilton.

“Saya sentiasa mencari kesempurnaan dan ia begitu hampir dengannya.

“Tetapi apa yang mengejutkan dua pelumba Ferrari juga tidak kurang pantasnya.”  

 

Keputusan sesi kelayakan GP Australia

1 Lewis Hamilton (GBR/Mercedes) 1:21.164

2 Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari) 1:21.828

3 Sebastian Vettel (GER/Ferrari) 1:21.838

4 Max Verstappen (NED/Red Bull) 1:21.879

5 Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull) 1:22.152

6 Kevin Magnussen (DEN/Haas) 1:23.187

7 Romain Grosjean (FRA/Haas) 1:23.339

8 Nico Hulkenberg (GER/Renault) 1:23.532

9 Carlos Sainz Jr (ESP/Renault) 1:23.577

10 Valtteri Bottas (FIN/Mercedes) 0.000

11 Fernando Alonso (ESP/McLaren)

12 Stoffel Vandoorne (BEL/McLaren)

13 Sergio Perez (MEX/Force India)

14 Lance Stroll (CAN/Williams)

15 Esteban Ocon (FRA/Force India)

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Mac 2018 @ 9:03 PM