RAFINHA (kanan) sertai Inter Milan secara pinjaman dengan demgam pilihan untuk dibeli dengan harga RM168.9 juta. -Foto EPA
RAFINHA (kanan) sertai Inter Milan secara pinjaman dengan demgam pilihan untuk dibeli dengan harga RM168.9 juta. -Foto EPA
AFP

MADRID: Pemain tengah Barcelona, Rafinha menyertai Inter Milan secara pinjaman sehingga tamat musim ini dengan pilihan untuk dibeli, menurut jurucakap kelab. Barcelona berkata, Inter mempunyai pilihan untuk membeli pemain itu dengan harga 35 juta euros (RM168.87 juta) yang perlu disahkan di penghujung musim.

Pemain antarabangsa Brazil berusia 24 tahun itu tidak beraksi selama lapan bulan musim lalu akibat kecederaan lutut dan menyertai Barcelona ketika berusia 13 tahun dan sejak itu prestasinya terus meningkat.

Dia menjaringkan satu gol dalam dua perlawanan bersama Selecao tetapi kecederaan menjejaskan kedudukannya dalam skuad utama Barca.

Sementara itu Rafinha gembira dan bangga menyertai Inter Milan.

“Saya sangat gembira,” katanya kepada TV Inter.

“Sangat menakjubkan berada di sini. Ia penting dalam peningkatan karier dan kehidupan baru saya. Ramai pemain hebat yang mencipta sejarah di sini. Saya akan melakukan yang terbaik dan memberi sepenuh tumpuan seterusnya memenangi trofi bersama jersi ini.

“Sangat bagus mempunyai rakan sepasukan yang boleh berinteraksi dalam bahasa sama, saya juga kenal Mauro (Icardi). Saya pernah bermain bersamanya,” katanya merujuk penyerang Argentina itu.

Rafinha memerlukan pembedahan dan terpaksa berehat enam bulan selepas mengalami kecederaan lutut ketika menentang Roma pada penghujung musim 2015. Dia sekali lagi menjalani rawatan lanjut selepas cedera ketika menentang Granada pada April lalu.

“Saya harap dapat beraksi sebanyak mungkin perlawanan dan membantu mereka mencapai sasaran terutamanya kelayakan Liga Juara-Juara. Saya boleh memainkan pelbagai peranan, kiri atau kanan dan saya memilih jersi nombor 8,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 January 2018 @ 6:51 AM