ZULKARNAIN (tengah) bersama sebahagian atlet Johor yang mendapat insentif. FOTO Omar Ahmad
ZULKARNAIN (tengah) bersama sebahagian atlet Johor yang mendapat insentif. FOTO Omar Ahmad
Omar Ahmad

KERAJAAN Johor memperuntukkan RM174,500 sebagai insentif kepada 54 atlet kelahiran negeri itu yang menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Ke-29 (KL2017), bulan lalu.

EXCO Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Khamisan berkata, insentif itu diberikan sebagai penghargaan kepada atlet yang bertanding mewakili negara sekali gus mengharumkan nama Johor.

Katanya, 80 peratus atlet daripada negeri ini yang dihantar mewakili kategori sukan masing-masing berjaya membawa pulang pingat.

"Pada Sukan SEA KL2017, Johor menghantar 54 atlet dan 45 daripadanya membawa pulang pingat. Atlet kelahiran Johor menyumbang 18 pingat emas, 19 perak dan lapan gangsa.

"Insentif berjumlah RM4,000 diberikan kepada pemenang pingat emas, RM2,000 pingat perak dan RM1,500 pingat gangsa," katanya di Majlis Jamuan Tea dan Penyampaian Intensif Atlet Johor Sukan SEA KL2017 di Johor Bahru, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 September 2017 @ 10:36 PM