IMAN (kiri) memberi arahan kepada pemain pada sesi latihan pasukan yang dalam persediaan menghadapi KL2017.
IMAN (kiri) memberi arahan kepada pemain pada sesi latihan pasukan yang dalam persediaan menghadapi KL2017.
Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: “Apa saja yang berlaku kami mesti menang emas.”

Demikian tegas pengendali skuad hoki dalam dewan wanita negara Iman Gobinathan yang tidak mempunyai sasaran lain untuk barisan pemainnya selain memenangi emas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Tegas Iman, sasaran itu ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan sebagai jurulatih serta barisan pemain, mereka mempunyai tanggungjawab untuk memenuhinya.

“Ini yang sering saya tegaskan kepada setiap pemain iaitu kita wajib menang emas.

“Jika anda patah kaki sekalipun, tiada sebarang alasan untuk tidak menang emas.

“Sebab kita pasukan nombor satu Asia Tenggara dan sehubungan itu, mesti justifikasikan ranking,” katanya.

Jelas Iman, setakat ini segala persiapan berjalan lancar, malah beliau sudah mempunyai bayangan pemain yang akan mewakili negara pada temasya sukan dwitahunan itu.

“Majoritinya membabitkan mereka yang pernah beraksi di Piala Asia Doha baru-baru ini yang menyaksikan kita muncul naib juara.

“Mungkin saya panggil satu dua pemain daripada pasukan hoki padang selepas mereka balik daripada saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia untuk memperkuatkan pasukan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2017 @ 10:08 AM