KOLEKSI raya direka khas untuk menyempurnakan gaya wanita moden, sofistikated
KOLEKSI raya direka khas untuk menyempurnakan gaya wanita moden, sofistikated
SETIAP busana yang digayakan adalah kanvas untuk mengekspresi diri.
SETIAP busana yang digayakan adalah kanvas untuk mengekspresi diri.
SETIAP helaian tampil dengan aura penggayaan berbeza.
SETIAP helaian tampil dengan aura penggayaan berbeza.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


TIDAK kira untuk lebaran atau hari biasa, setiap busana yang digayakan sebenarnya adalah kanvas untuk mengekspresi diri.

Ini kerana setiap individu berbeza kecenderungan gaya pilihan. Perbezaan itu perlu diraikan dengan sebaiknya.

Bagi menyerikan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini, label fesyen, RAEA melancarkan koleksi raya istimewa untuk wanita.

Ia direka khas untuk menyempurnakan gaya wanita moden dan sofistikated.

Dengan fleksibiliti dalam fikiran, setiap helaian diberi sentuhan kontemporari bagi busana 'resortwear' yang menawarkan gabungan gaya dan keselesaan tersendiri di musim perayaan ini.

Koleksi edisi terhad itu turut diberi sentuhan eksklusif bagi menjadikan setiap busana sebagai kanvas untuk mengekspresikan diri setiap individu.

Selain itu, koleksi ini dilengkapi dengan sentuhan menawan daripada pereka dan setiap pakaian dinamakan sempena beberapa individu penting.

MENYEMPURNAKAN gaya wanita moden dan sofistikated.
MENYEMPURNAKAN gaya wanita moden dan sofistikated.

Himpunan itu juga menitikberatkan gaya yang berasaskan siluet moden dan praktikal bagi memastikan setiap helaian boleh dipergayakan secara berasingan atau padankan dengan pelbagai gaya berlainan.

Ia hadir dalam 22 helaian artistik dengan menampilkan gabungan harmoni renda, satin, organza bersulam, cetakan dan fabrik bertekstur.

Palet warna yang digunakan juga membawa simbol kemakmuran dan rona itu menghasilkan visual yang memikat mata.

Dari himpunan dua helaian kepada sepasang baju yang sofistikated, koleksi itu dapat memenuhi pilihan dan keinginan gaya wanita untuk tampil bergaya di pagi lebaran ini.

MENITIKBERATKAN gaya berasaskan siluet moden dan praktikal.
MENITIKBERATKAN gaya berasaskan siluet moden dan praktikal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2024 @ 6:30 AM