ROPOL di bahagian leher menampakkan sisi garang.
ROPOL di bahagian leher menampakkan sisi garang.
Intan Mas Ayu Shahimi


SEKILAS pandang, koleksi dibawakan Sara J pada Minggu Fesyen Malaysia (MFW) lalu nampak tegas dan berani. Biarpun tidak bermain dengan warna garang, fabrik kulit mahupun padanan aksesori berat, namun setiap helaian busana rekaan ibu dan anak ini tiada langsung sisi kompromi.

Pastinya mereka yang mengenakan busana ini nanti tampak lebih yakin, komited dalam memenuhi tugas dan tanggungjawab serta kental kala membuat sebarang keputusan.

Kata pemilik jenamanya, Sara Jamaludin, semua koleksi di pentas MFW direka bersama ibunya, Ima Abdullah. Membawa tema Be Noticed, dia mahu setiap helaian busana jenama ini kelihatan menonjol sepanjang musim bunga dan panas 2019.

“Berbeza dengan koleksi sebelumnya, kali ini kami bawa sedikit kelainan dengan memperkenalkan fabrik bercorak rekaan sendiri. Biarpun ringkas, namun menyerlahkan lagi tema Be Noticed, menjadikan busana kelihatan lebih berani dan pada masa sama terlihat sofistikated,” katanya.

Jelas Sara, rekaan corak fabrik itu juga tidak mengambil inspirasi dari mana-mana hasil seni, sebaliknya dihasilkan khusus untuk menambah koleksi mudah pakai buat pengikut setianya.

KARDIGAN labuh bercorak buat pemakai kelihatan berani.
KARDIGAN labuh bercorak buat pemakai kelihatan berani.

YAKIN saat melangkah.
YAKIN saat melangkah.

“Fabrik bercorak ini dimiliki Sara J saja. Kami hasilkan secara eksklusif dengan menggandingkan logo jenama bersama elemen cetakan kulit harimau yang melambangkan semangat Harimau Malaya.

“Sebenarnya, sebahagian koleksi ini dihasilkan untuk lelaki. Namun, fokus tetap kepada busana wanita. Saya mahu koleksi ini menjadi pembakar semangat untuk wanita terus berani dan yakin dalam menjalani rutin serta komitmen hidup.

“Saya percaya, wanita sentiasa mampu untuk terus bangkit, berdiri dan mengorak langkah ke depan walaupun berkali-kali jatuh. Mereka ini tidak pernah kenal erti berputus asa dan sentiasa bersemangat untuk mendepani cabaran mendatang,” katanya.

Kata Sara, terdapat lapan rekaan dengan empat pilihan warna berbeza yang boleh dipilih mengikut tema koleksi seperti berani, garang dan sofistikated. Fabrik digunakan pula adalah sifon, krep, neoprena, organza, kapas Itali dan satin.

“Kami juga menggabungkan beberapa jenis fabrik seperti organza bercetak untuk bahagian ropol bagi menyerlahkan gaya busana malam.

MANIS namun masih nampak tegas.
MANIS namun masih nampak tegas.

GAYA bersahaja wanita sofistikated.
GAYA bersahaja wanita sofistikated.

RINGKAS dan jelas.
RINGKAS dan jelas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 January 2019 @ 12:24 PM