KEDATANGAN Tahun Baharu Cina kali ini disambut dengan pelbagai tawaran dan promosi produk terkini oleh Guardian.
KEDATANGAN Tahun Baharu Cina kali ini disambut dengan pelbagai tawaran dan promosi produk terkini oleh Guardian.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


KEDATANGAN Tahun Naga pada Tahun Baharu Cina kali ini disambut dengan pelbagai tawaran dan promosi produk terkini oleh Guardian.

Menurut Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, Anna Ng, ia adalah salah satu perayaan tahunan terbesar di mana masyarakat akan tampil hebat dengan penampilan dan pakaian baharu untuk permulaan yang baharu.

Katanya, dengan bertemakan 'Glowing Beauty, Healthy Journey', mereka mahukan pelanggan memberi tumpuan khusus terhadap penjagaan kesejahteraan dan kesihatan selain mengamalkan gaya hidup yang harmoni serta seimbang.

"Jadi, kami menyediakan pelbagai rangkaian tawaran dan hadiah istimewa yang menarik untuk pelanggan jadikan hadiah buat diri sendiri mahupun yang tersayang.

"Tawaran nilai istimewa itu terpakai untuk kebanyakan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkini yang ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian, bagi membantu anda dan orang tersayang tampil dengan penampilan terbaik di Tahun Baharu Cina ini," katanya.

Dalam pada itu, bagi merancakkan lagi perayaan tahun ini, peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit berkenaan turut memperkenalkan sebuah muzik video istimewa menampilkan Jestinna Kuan, penyanyi dan pencipta kandungan digital popular serta beberapa watak lain termasuk pemenang Face of Healthy Beauty Guardian.

Kata Anna, lagu multi bahasa yang rancak itu bukan sahaja menghiburkan, malah sarat dengan pesanan untuk mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan memelihara hubungan baik.

Lagu itu juga menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai selain menghidupkan tradisi budaya serta adat yang menjadikan sambutan Tahun Baharu Cina begitu istimewa.

"Video ini menggalakkan orang ramai untuk menyemarakkan semangat Tahun Naga dengan kesejahteraan dan kesihatan yang berkekalan dengan kami di sisi anda," katanya.

Bagi membantu pelanggan mendapatkan aura glamor berseri pada tahun baharu, Guardian turut memperkenalkan ciri GlamAR pada aplikasinya.

Ia membolehkan pelanggan mendapat nasihat daripada pakar penjagaan kulit mengenai produk yang sesuai untuk kulit mereka.

Ciri GlamAR akan menjalankan analisis kulit, menawarkan tip penjagaan seterusnya mencadangkan langkah penjagaan dan produk yang sesuai untuk kulit anda.

Pelanggan juga boleh membuat pembelian menerusi aplikasi itu dan produk sama ada akan dihantar ke rumah atau mereka boleh berkunjung sendiri ke stor fizikal untuk membelinya.

Pelanggan turut berpeluang menikmati pelbagai tawaran istimewa daripada jenama yang mengambil bahagian.

Selain itu, pelanggan juga boleh membeli-belah di semua stor fizikal serta dalam talian untuk Pek Hadiah CNY yang memuatkan rangkaian produk kesihatan dan kesejahteraan mulai 27 Disember lalu hingga 12 Februari depan untuk dihadiahkan kepada yang tersayang.

Sementara itu, koleksi barangan edisi terhad siri manga terlaris di Jepun dan siri televisyen adaptasi anime, SPY X FAMILY, kini boleh didapati di semua stor Guardian dan dalam talian.

Siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis Tatsuya Endo itu berkisarkan mengenai misi penyamaran seorang pengintip yang berkahwin dan mengambil anak angkat sebagai sebahagian daripada penyamarannya

Katanya, empat set barangan koleksi berkenaan dihasilkan berdasarkan karakter dalam siri manga terbabit dan boleh didapati dengan harga bermula RM99 setiap satu, setiap kali pelanggan membelanjakan RM20 untuk jenama yang mengambil bahagian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 January 2024 @ 6:50 AM