ANNA (dua dari kanan) dan Lauridsen (tengah) merasmikan rangkaian flagship Guardian serba baharu di pusat beli-belah Suria KLCC.
ANNA (dua dari kanan) dan Lauridsen (tengah) merasmikan rangkaian flagship Guardian serba baharu di pusat beli-belah Suria KLCC.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Peneraju dalam farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit, Guardian Malaysia (Guardian) meraikan sambutan ulang tahun ke-53 dengan stor konsep baharu untuk memberi pengalaman membeli-belah menarik kepada pelanggan.

Seiring dengan itu, rangkaian utama Guardian di pusat beli-belah Suria KLCC di transformasi dan diberi wajah baharu bagi mengukuhkan lagi posisinya sebagai destinasi farmasi, kesihatan dan kecantikan nombor satu.

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Asia Tenggara, Soren Lauridsen berkata, stor Guardian Suria KLCC istimewa kepada pihaknya kerana ia adalah stor utama yang memberi perkhidmatan kepada jutaan pelanggan di pusat membeli-belah bertaraf dunia itu sejak tahun 1998.

Kata Lauridsen, ia juga adalah stor nombor satu dari segi jualan.

"Stor berkonsep serba baharu ini mencerminkan sasaran Guardian untuk terus berkembang melangkaui jangkaan pelanggan.

"Sebagai peneraju dalam farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit, kami memberi maklum balas pantas kepada perubahan dengan tawaran 'Nilai Terbaik' setiap hari untuk barangan keperluan harian pelanggan selain turut membawakan trend kecantikan serta jenama terkini dari seluruh dunia, " katanya pada majlis pelancaran stor berkonsep baharu itu, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Jualan dan Operasi, Priscila Wu dan Pengarah Komersil, Anna Hull.

Menurut Lauridsen lagi, objektif utama mereka adalah untuk mewujudkan amalan terbaik dalam industri peruncitan; menghubungkan pelanggan dengan produk dan membantu mereka memilih produk yang tepat dengan nilai hebat sama ada ia barangan farmasi, kesihatan atau kecantikan.

 LUAS dan lebih selesa, pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan.
LUAS dan lebih selesa, pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan.

Kata beliau, pelanggan akan teruja dengan perubahan segar dan dekorasi menarik dilakukan dan semua itu adalah berdasarkan maklum balas yang mereka berikan.

Katanya, produk yang ditawarkan juga dipilih dengan teliti supaya menepati keperluan membeli-belah pelanggan.

"Bermula dengan logo oren khas, persekitaran stor kami adalah cerminan tenaga yang lahir daripada kecantikan sihat.

"Semua kemasan dan lekapan direka untuk meningkatkan 'keterlihatan' produk dan memberikan suasana membeli-belah yang lebih selesa.

"Sama ada ia bahagian Korea atau Jepun, setiap sudut padat dengan ciri-ciri menarik yang pasti membuat pelanggan berasa teruja ketika membeli-belah," katanya.

Dalam pada itu, bagi memberi pengalaman yang lebih mengujakan kepada pelanggan, stor itu turut dilengkapi teknologi umur kulit Eucerin iaitu DermaAnalyser yang membantu individu memahami kulit mereka dengan lebih baik.

Selain itu, Anna berkata, ruangan kosmetik jenama Maybelline juga dipasang dengan Augmented Reality Filter yang menampilkan solekan maya dan alat solek dalam talian untuk membantu pelanggan mencari produk solekan terbaik.

Kata Anna, turut diberi konsep baharu adalah bahagian khas yang menempatkan produk penjagaan kulit, kosmetik serta penjagaan rambut dari Korea dan Jepun.

Ia termasuklah rangkaian produk terkemuka Korea, Kundal yang hanya boleh didapati di Guardian.

"Lebih istimewa, perkhidmatan farmasi disediakan tujuh hari seminggu di stor berkenaan bagi memberi perhatian penuh kepada pelanggan terutamanya untuk tujuan pengisian ubat, pemeriksaan dan perundingan kesihatan.

"Bahagian Penjagaan Kesihatan juga diperluas merangkumi ruang khas untuk produk diabetes, mendidik pelanggan mengenai rancangan diet dan tip-tip pencegahan.

GUARDIAN menyambut ulang tahun ke 53 di negara ini.
GUARDIAN menyambut ulang tahun ke 53 di negara ini.

"Selain itu, rangkaian produk Own Brand Guardian yang pelbagai menawarkan kualiti dan nilai wang akan turut dipamerkan dengan jelas," katanya.

Sementara itu, bagi memeriahkan lagi sambutan ulangtahunnya, Guardian turut melancarkan peraduan Sambutan Ulangtahun Fit & Fab.

Pelbagai hadiah hebat menanti pelanggan yang menyertai Cabaran #GuardianFITnFAB di TikTok yang mana akan berlangsung pada 16 Oktober sehingga 15 November.

Antara hadiah menarik yang disediakan termasuk sebuah telefon iPhone 11 Pro Max untuk pemenang utama, pengering rambut Dyson Supersonic untuk video Paling Kreatif, SONY PlayStation 4 untuk Video Paling Comel dan lapan hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM500 setiap seorang.

Di rangkaian stor terpilih dan dalam masa tertentu pula, setiap pelanggan pertama yang berbelanja minimum sebanyak RM53 akan menerima Kotak Hadiah Ulang Tahun Guardian bernilai RM153.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 6:26 AM