GUARDIAN Fun Run 2023 diteruskan selepas mendapat sambutan menggalakkan pada tahun lalu.
GUARDIAN Fun Run 2023 diteruskan selepas mendapat sambutan menggalakkan pada tahun lalu.
Hafiz Ithnin


ACARA menarik Guardian Malaysia yang menjadi kegemaran ramai berorientasikan keluarga, Guardian Fun Run pada 23 September depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang, Selangor kini kembali untuk edisi kedua dan dijangka menerima sambutan yang menggalakkan.

Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata, Angela Teo berkata, Guardian Fun Run tahun lalu istimewa kerana ia memberi semangat kepada keluarga untuk turut serta dan berlari. Termasuk kanak-kanak, ibu bapa, malah datuk dan nenek.

"Menyaksikan mereka berlari bersama-sama untuk kekal sihat, kami lebih berbangga serta teruja untuk menganjurkan acara ini dan ini sebabnya kami mengadakannya sekali lagi tahun ini.

"Pastinya Kempen Live Smart & Healthy kami pada Mei lalu dan Guardian Fun Run menunjukkan komitmen untuk membantu pelanggan menjalani hidup bijak serta sihat," katanya.

Tambahnya, Kempen Live Smart & Healthy memperkenalkan pelbagai produk kesihatan baharu berdasarkan keperluan pelanggan, trend terkini di samping produk kesihatan terbaik di pasaran.

Katanya, Guardian Fun Run terbuka kepada semua sama ada pelari tegar atau permula kerana ia adalah peluang yang baik untuk bersenam dalam persekitaran yang menyeronokkan dan bersemangat.

"Guardian Fun Run akan dimeriahkan dengan acara menyeronokkan untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak kerana ia menjanjikan laluan yang indah, suasana seperti karnival, permainan, persembahan hiburan, persampelan produk kesihatan dan kecantikan di samping pelbagai trak makanan.

"Selain itu, ada hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 untuk dimenangi peserta berupa baucar membeli-belah bernilai RM2,500 untuk setahun sebagai hadiah utama dan Peraduan Kostum Terbaik. Hadiri acara ini dengan pakaian paling kreatif anda berserta baju-T Fun Run bagi merebut peluang memenangi baucar Guardian dan hamper," katanya.

PENCARIAN The Face of Health Beauty menggalakkan orang ramai menjaga kecantikkan luaran dan dalaman.
PENCARIAN The Face of Health Beauty menggalakkan orang ramai menjaga kecantikkan luaran dan dalaman.

Ada empat kategori larian tahun ini iaitu 13 kilometer (km) Family Run iaitu kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun sahaja, 23km Family Run (terbuka 13 tahun dan ke atas), kategori 35km Fun Run (terbuka berusia 13 tahun dan ke atas), 45km larian maya dan larian maya lima kilometer membolehkan peserta yang berada di luar Lembah Klang untuk turut serta.

Pendaftaran kini dibuka dan diskaun awal diberikan kepada mereka yang mendaftar awal sebelum 11 Jun lalu.

Sementara itu, Guardian Malaysia kembali mengadakan peraduan popularnya untuk mencari The Face of Healthy Beauty (TFHB).

Angela berkata, pencarian pertama The Face of Healthy BeautyGuardian pada 2019 adalah satu kejayaan besar apabila berjaya menemui ramai wanita Malaysia yang hebat yang melambangkan visi kecantikan sihat syarikatnya.

"Kempen ini meraikan kecantikan yang sihat dan menggalakkan orang ramai untuk menerima segala keunikan diri mereka luar dan dalam, kecantikan dalaman serta luaran mereka.

"Healthy Beauty ialah individu yang positif, dinamik, lemah lembut tetapi bersemangat, ceria, penyayang dan memberi inspirasi dengan keyakinan yang lahir dari perasaan yang baik secara menyeluruh. Mereka juga mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah melalui perkara yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka," katanya.

Katanya, empat pemenang peringkat akhir masing-masing bakal menerima kontrak setahun dengan Guardian, penampilan muka hadapan Katalog Guardian dan material jualan lain.

"Selain itu, wang tunai RM10,000 dan baucar bernilai RM10,000, produk daripada penganjur yang mengambil bahagian dan produk penjagaan mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang," katanya.

Peraduan itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dengan penyertaan yang perlu dihantar secara dalam talian mulai 26 Jun lalu hingga 10 Ogos ini menerusi laman web atau klik pada kod QR di semua platform media sosial Guardian dan di stor Guardian.

Peserta perlu memuat naik video berdurasi 30 saat, menerangkan 'Mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty?' satu gambar berukuran penuh dan satu gambar pasport.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Ogos 2023 @ 6:12 AM