TIGA stor Guardian kini tampil dengan tema sempena Tahun Baharu Cina.
TIGA stor Guardian kini tampil dengan tema sempena Tahun Baharu Cina.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Ketibaan tahun baharu disambut penuh kegembiraan dan Guardian Malaysian (Guardian) turut meraikannya dengan memperkenalkan stornya yang kini berwajah baharu.

Buat masa ini, reka bentuk baharu itu dilancarkan di tiga buah stornya yang terletak di Pusat Membeli-Belah 1 Utama, Aeon Metro Prima Kepong dan Jalan Cecawi, Kota Damansara.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kesihatan dan Kecantikan, Guardian Asia Tenggara, Soren Lauridsen berkata, ia mewakili tiga jenis stor yang berbeza dan transformasi untuk stor lain akan menyusul dalam beberapa minggu akan datang.

"Janji yang berterusan kepada pelanggan kami ini termasuk memberikan pengalaman membeli-belah yang unggul kepada mereka, itulah sebabnya kami memperkenalkan stor yang berwajah baharu dan serba moden.

"Stor berkenaan menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik dalam pasaran, pada nilai terbaik untuk semua pelanggan kami," katanya pada majlis perasmian stor Guardian berwajah baharu di Pusat Membeli-Belah 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Lauridsen berkata, penampilan baharu stor itu mewakili pendekatan baharu dalam reka bentuk dan visual dalam kedai.

Ia bagi menyerlahkan tenaga aktif yang padu dan daya hidup warna oren rasmi mereka.

LAURIDSEN merasmikan stor Guardian berwajah baharu di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
LAURIDSEN merasmikan stor Guardian berwajah baharu di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Kata Lauridsen, konsep reka bentuk baharu dan fleksibel itu membolehkan ia diguna pakai di rangkain stor mereka, bergantung kepada lokasi dan saiz lantai.

"Gelombang warna baharu dan visual aktif jelas dapat menarik perhatian pelanggan manakala penggunaan material yang lebih mesra serta lembut memberikan tenaga vitaliti yang diinginkan.

"Selain itu, penggunaan lampu hiasan baharu dan skrin LED membolehkan stor disesuaikan mengikut keperluan pelanggan dengan lebih langsung," katanya.

Dalam pada itu, Lauridsen berkata, pihaknya akan memperkenalkan produk dan jenama baharu untuk penjagaan diri, kosmetik oleh lilybred, Barenbliss serta Beauty of Majesty.

Untuk penjagaan kulit pula, produk baharu oleh Evoluderm serta Boost Lab manakala produk penjagaan kesihatan oleh Organicule, Toujours Advanced Kids dan Bio-Grow.

ORANG ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan penjimatan sehingga 50 peratus untuk produk kesihatan dan kecantikan.
ORANG ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan penjimatan sehingga 50 peratus untuk produk kesihatan dan kecantikan.

"Kami juga mempunyai produk di bawah jenama Guardian sendiri dan kini memiliki lebih daripada 12 produk baharu," katanya.

Sementara itu, bersempena tawaran Tahun Baharu Cina iaitu promosi 'Leap Into Prosperity,' terdapat pelbagai hadiah eksklusif yang boleh didapati dengan pembelian.

Pelanggan juga dapat berjimat sehingga 50 peratus untuk produk kesihatan dan kecantikan.

Selain itu, terdapat tawaran hadiah eksklusif menarik khas untuk pelanggan antaranya penjimatan 50 peratus untuk set peralatan makan malam seramik Disney Tsum Tsum, percuma bagasi mini, mangkuk tingkat, Essential Diffuser dan sebagainya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2023 @ 6:20 AM