KOLEKSI terbaharu Hana Tajima dengan kolaborasi bersama UNIQLO sempen musim luruh/sejuk 2022.
KOLEKSI terbaharu Hana Tajima dengan kolaborasi bersama UNIQLO sempen musim luruh/sejuk 2022.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

PEREKA fesyen terkenal yang berpangkalan di New York, Hana Tajima tampil dengan koleksi pakaian menarik bagi menceriakan musim luruh/sejuk 2022 menerusi kolaborasi bersama UNIQLO.

Koleksi LifeWear berkenaan adalah kombinasi tumpuan peruncit pakaian global itu kepada pakaian harian yang menggabungkan fungsi dan fesyen luar biasa.

Ia ditambah dengan sentuhan elegan dan bayangan lembut menarik daripada Hana yang mampu menarik perhatian wanita di seluruh dunia.

Himpunan baharu itu menampilkan pakaian dengan gaya yang ringkas namun tetap kelihatan ikonik.

Setiap helaian tampil dengan rekaan elegan, sekali gus menyerlahkan kecantikan dan keperibadian pemakainya.

Ia mencipta gaya yang unik dan menyerlahkan lagi keanggunan serta gaya tersendiri wanita.

Berbeza dengan koleksi sebelumnya, himpunan terbaharu itu dihasilkan daripada tiga jenis material utama iaitu rayon dan lyocell yang lembut dan berbulu, satin berkilat dan flanel hangat.

Mengulas mengenai koleksi berkenaan, Hana berkata, untuk menggayakan pakaian, ia bermula dengan bertanya kepada diri sendiri bagaimana perasaan anda

"Siapa saya akan menjadi dengan mengenakan pakaian ini? Kerana setiap pakaian mempunyai penampilan tersendiri.

"Koleksi itu menyatakan sebahagian daripada keperibadian diri, ia juga membolehkan kita menjadi individu yang diingini, " katanya.

REKAAN elegan yang menyerlahkan gaya feminin pemakai.
REKAAN elegan yang menyerlahkan gaya feminin pemakai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2022 @ 6:25 AM