GAYA menarik untuk wanita moden hari ini.
GAYA menarik untuk wanita moden hari ini.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


UNIQLO memeriahkan kehangatan musim bunga/panas 2020 kali ini dengan koleksi terbaharu hasil kolaborasi bersama pereka terkenal, Ines de la Fressange.

Ines yang juga seorang model sebenarnya sudah lama bekerjasama dengan UNIQLO bukan sahaja melambangkan gaya wanita Perancis malah adalah ikon fesyen untuk wanita di seluruh dunia.

Himpunan terbaharu yang sudah pun berada di pasaran itu didatangkan dalam 54 rekaan menarik tentunya pasti menawan hati wanita.

Berbeza dengan koleksi sebelumnya, himpunan kali ini mengangkat tema rekaan tahun 1924 yang lebih ringkas namun masih menyerlahkan gaya anggun wanita.

BARISAN pelumba Vios Challenge musim ke-3
BARISAN pelumba Vios Challenge musim ke-3

Ini kerana, dalam memelihara motif pakaian mewah dan sebagainya, Ines percaya rekaan yang membuatkan wanita selesa untuk memakainya mampu menyerlahkan lagi keanggunan mereka.

Ia juga seiring dengan falsafah LifeWear UNIQLO sendiri iaitu bukan sahaja menyediakan pakaian inovatif malah berkualiti tinggi yang universal dalam rekaan dan keselesaan selain memenuhi keperluan gaya hidup harian wanita.

Sempena musim bunga/panas kali ini, Ines memberi penghormatan kepada wanita dari setiap era dengan meraikan nilai tradisional dalam gaya kontemporari menerusi tiga tema berbeza iaitu Paris: Gaya sukan abadi, Gardians: Diilhamkan dari pakaian koboi Perancis dan Muses: Pakaian untuk bersantai di luar rumah.

PAPAN pemuka Honda Accord Serba Baharu.
PAPAN pemuka Honda Accord Serba Baharu.

Koleksi rekaan Paris: Gaya sukan abadi dihasilkan daripada inspirasi Sukan Olimpik 1924 yang diadakan di kota cinta berkenaan dan menampilkan himpunan rekaan yang menyerlahkan lagi gaya ‘maskulin’ wanita termasuk pakaian berkait Tilden dan seluar yang hadir dalam rona lembut.

Koleksi Gardians: Diilhamkan dari pakaian koboi Perancis pula sarat mengangkat gaya fesyen masyarakat koboi di Arles, wilayah Provence di Selatan Perancis yang sering dilawati Ines sejak 30 tahun lalu.

Selain itu, unsur sinaran hangat matahari dan bayang-bayang kontras di kawasan itu turut diselitkan Ines dalam koleksi ala ‘maskulin’ seperti seluar serta baju panjang yang menggunakan latar rona hitam serta putih.

KERUSI kulit berkualiti tinggi.
KERUSI kulit berkualiti tinggi.

Sementara itu, koleksi Muses: Pakaian untuk bersantai di luar rumah pula menampilkan rekaan ala 1920-an yang juga dikatakan antara zaman hebat untuk wanita yang mula menikmati gaya fesyen penuh kebebasan.

Rangkaian berkenaan menampilkan rekaan pakaian ringan dengan ruffles dan cetakan dalam bayang-bayang yang santai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Februari 2020 @ 6:15 AM