KOLEKSI yang tidak kurang menariknya untuk digayakan pada perayaan.
KOLEKSI yang tidak kurang menariknya untuk digayakan pada perayaan.
REKAAN menarik untuk digayakan pada tahun baharu.
REKAAN menarik untuk digayakan pada tahun baharu.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Pereka terkenal, Khoon Hooi menampilkan pelbagai rekaan pakaian menarik untuk digayakan sempena ketibaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Tahun ini masyarakat Tionghua akan meraikan ketibaan Tahun Arnab dan Hooi menampilkan koleksi yang melambangkan keanggunanan, elegan dan kecantikan.

Acara yang dinantikan pastinya majlis makan malam yang menghimpunkan ahli seisi keluarga dan semuanya tampil cantik bergaya.

Begitu juga pada hari pertama Tahun Baharu Cina, masing-masing akan melaram dengan pakaian baharu ketika mengunjungi sanak saudara dan rakan taulan.

Untuk perayaan kali ini, Hooi menampilkan koleksi rekaan menarik yang diberi nama termasuk Lina, Juan dan Mei Hui.

Menggunakan dua sisi berbeza fabrik broked bertekstur dalam dua tona, koleksi Lina menampilkan rekaan ceongsam yang diberi sentuhan baharu.

Ia tampil dengan rekaan garis leher ala fesyen Permaisuri Anne yang bergerigi dan labuh di bahagian hadapan baju.

Rekaan Juan pula menampilkan baju yang sofistikated daripada fabrik broked metalik.

ELEMEN rekaan pakaian tradisional masyarakat Tionghua tidak dilupakan.
ELEMEN rekaan pakaian tradisional masyarakat Tionghua tidak dilupakan.

Baju berkenaan hadir dalam rekaan leher berbentuk V dengan perincian hiasan menarik, butang jed.

Diinspirasikan daripada keindahan rekaan dinasti Qing, koleksi Ching juga tidak kurang menariknya untuk digayakan.

Ceongsam atau juga dikenali sebagai qipao tu hadir dalam rekaan indah dengan kolar broked Jepun dan butang di depan baju.

Untuk tampil lebih feminin ketika menghadiri jamuan keluarga, koleksi Qiao Huia boleh dijadikan pilihan.

Rekaan ceongsam tradisional itu diserikan dengan butang menarik di bahagian kolar baju.

GAYA ideal.
GAYA ideal.

Ia diselitkan dengan fabrik bermotifkan bunga-bungaan di bahagian depan dan belakang baju untuk menyerlahkan lagi gaya feminin pemakai.

Untuk si jejaka, pelbagai rekaan menarik turut ditawarkan antaranya koleksi Yen Yen.

Ia menampilkan rekaan kemeja Mandarin dengan seluar menarik daripada fabrik satin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2023 @ 6:30 AM