KUALA LUMPUR 13 FEBRUARI 2020. Mek Kembang Fashion Show 2020 di Forest Valley Hall. NSTP/ASWADI ALIAS.
KUALA LUMPUR 13 FEBRUARI 2020. Mek Kembang Fashion Show 2020 di Forest Valley Hall. NSTP/ASWADI ALIAS.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


SIAPA kata wanita berbadan besar tidak boleh bergaya?

Jika kena dengan rekaan dan pemilihan material sesuai, wanita berbadan besar sebenarnya boleh tampil penuh bergaya di setiap acara yang dihadiri.

Begitupun, tidak ramai wanita berbadan besar yang berani mencuba pelbagai gaya kerana bimbang ia tidak kena dengan bentuk badan dan penampilan.

Apapun, tidak kira bagaimana saiz badan kita sekali pun, apa yang penting pakaian yang dikenakan haruslah sesuai dan selesa.

Bagi memberi lebih pilihan, jenama Mek Kembang Cotton tampil bekerjasama dengan selebriti popular, Sherry Al Hadad bagi menghasilkan koleksi pakaian menarik khas untuk wanita berbadan besar.

SHERRY tampil dengan koleksi menarik.
SHERRY tampil dengan koleksi menarik.

Pelbagai rekaan menarik boleh dimiliki antaranya baju kasual, dress, kebaya, kurung moden, dress labuh dan banyak lagi.

Kebanyakan rekaan dalam koleksi berkenaan menggunakan material kapas jenis bercorak dan polos tanpa corak.

Untuk menyerlahkan lagi gaya feminin pemakai, koleksi berkenaan menggunakan pelbagai rona lembut seperti hijau muda, gangsa, merah jambu, biru muda dan hitam yang menyerlahkan lagi penampilan.

WANITA berbadan besar juga boleh menggayakan fesyen kebaya.
WANITA berbadan besar juga boleh menggayakan fesyen kebaya.

Selain itu, koleksi berkenaan juga menyediakan pelbagai himpunan rekaan pakaian formal ke pejabat seperti seluar, jaket dan kemeja menarik yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Dalam pada itu, apa yang menarik mengenai jenama berkenaan ialah ia turut menyediakan perkhidmatan tempahan.

ELEGAN ke pejabat.
ELEGAN ke pejabat.

Ia bagi membolehkan wanita berbadan besar menggayakan pelbagai rekaan baju terkini daripada material kapas.

Badan juga akan diukur terlebih dahulu bagi memastikan pemakai selesa dan berpuas hati.

Pendek kata, meskipun memiliki badan bersaiz besar namun ia bukan penghalang untuk seseorang itu tampil menawan dan bergaya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 7:00 AM