KOLEKSI jenama antarabangsa galak pemakai serlah peribadi, gaya hidup, pemakaian.
KOLEKSI jenama antarabangsa galak pemakai serlah peribadi, gaya hidup, pemakaian.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


PEREKA fesyen terkenal kelahiran Britain, Hana Tajima, sekali lagi bekerjasama dengan jenama terkemuka, UNIQLO bagi menghasilkan rekaan yang menarik untuk wanita sempena musim luruh dan sejuk kali ini.

Koleksi Musim Luruh dan Sejuk Hana Tajima For Uniqlo 2020 itu hadir dengan tema menarik iaitu 'Memakai cerita peribadi kita sendiri'.

Himpunan yang ditampilkan kali ini jelas berkaitan dengan perasaan dan terjemahan personaliti peribadi si pemakai.

Ia seiring dengan konsep UNIQLO sendiri yang menggalakkan si pemakai menyerlahkan peribadi, gaya hidup dan pemakaian dan pada masa sama dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Mengulas lanjut mengenai koleksi terbaharu itu, Hana berkata, wanita sememangnya sentiasa mengadaptasi kepada perubahan.

Justeru, beliau mahu pakaian rekaannya bukan sahaja menjadi sebahagian daripada diri malah membolehkan seseorang wanita itu bebas bertukar daripada satu gaya ke gaya yang lain.

BLAUS labuh potongan kembang untuk wanita yang mahu tampil sopan.
BLAUS labuh potongan kembang untuk wanita yang mahu tampil sopan.

"Koleksi kali ini masih mengekalkan ciri-ciri keselesaan dan pada masa sama turut memberi tumpuan kepada hiasan.

"Saya mahukan semua rekaan yang dihasilkan dapat menterjemahkan maksud gaya feminin sebenar.

PADANAN fesyen yang menarik daripada koleksi rekaan Hana Tajima For Uniqlo sempena musim luruh dan sejuk 2020.
PADANAN fesyen yang menarik daripada koleksi rekaan Hana Tajima For Uniqlo sempena musim luruh dan sejuk 2020.

"Ia adalah untuk membiarkan kisah peribadi kita sendiri menjadi 'kisah' yang kita pakai," katanya.

Bukan sekadar itu, koleksi berkenaan juga sesuai digayakan mengikut kehendak atau gaya wanita meskipun datang daripada latar belakang umur, agama, bangsa dan budaya yang berbeza.

Rekaan terbabit jelas memberi keselesaan, keyakinan kepada pemakai, pada masa sama, menyerlahkan lagi kecantikan serta sikap berdikari wanita dalam setiap bayang serta perincian rekaan.

HANA Tajima
HANA Tajima

Turut diselitkan, elemen tumbuh-tumbuhan untuk menyerlahkan lagi elemen alam semula jadi.

Koleksi musim luruh dan sejuk 2020 Hana Tajima For Uniqlo sudah pun berada di pasaran mulai Jumaat lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2020 @ 7:00 AM