Muhamaad Razis Ismail


KETIKA Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) masih dilaksanakan, ramai yang bekerja dari rumah bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Sepanjang berada di rumah, apa kata masa terluang diisi dengan pelbagai aktiviti berfaedah termasuk menghasilkan produk lakukan sendiri (DIY) dengan menggunakan kreativiti yang mampu menjana pendapatan sampingan.

Bagi suri rumah, Noor Hayati Mohd, 41, masa terluang dimanfaatkan dengan menghasilkan bekas pensel untuk anaknya ke sekolah.

Katanya, pada mulanya, dia hanya menghasilkan produk secara DIY itu sekadar mengisi masa lapang.

"Kemudian saya berkongsi di Instagram 'sincerelook' sebelum ada yang menyatakan minat untuk membelinya.

"Sejak itu saya terima tempahan. Apa sahaja hasil jahitan yang disiapkan saya muat naik di media sosial.

"Melihat permintaan semakin meningkat saya mula masuk kelas untuk hasilkan pelbagai lagi produk jahitan termasuk beg sekolah sehingga kini," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, menghasilkan produk dengan tangan sendiri memberi kepuasan berbeza apabila melihat ia digunakan.

"Kelebihannya kita bebas menentukan jenis produk dan material yang ingin digunakan.

"Rasa bangga apabila melihat anak menggunakan bekas pensel hasil jahitan sendiri. Kualitinya juga tahan lasak dan boleh diguna untuk jangka masa yang lama," katanya.

Mengulas berkenaan penghasilan bekas pensel, ibu kepada tiga cahaya mata ini mengakui ia sangat mudah dihasilkan dengan kos minimum.

"Perkara asas yang perlu ada hanyalah mesin jahit, kain dan zip. Anda juga boleh gunakan aksesori tambahan untuk mencantikkan bekas pensel mengikut kreativiti masing-masing.

"Mereka yang tiada kemahiran juga boleh mencuba menjahit bekas pensel ini kerana caranya yang ringkas dan mudah untuk difahami," katanya.

BAHAN yang diperlukan.
BAHAN yang diperlukan.

LEKATKAN kain gam pada kain corak.
LEKATKAN kain gam pada kain corak.

CANTUMKAN kain corak, zip dan kain lining dengan jahitan.
CANTUMKAN kain corak, zip dan kain lining dengan jahitan.

BUKAKAN kain tadi dan jahit tindih bahagian luar kain corak.
BUKAKAN kain tadi dan jahit tindih bahagian luar kain corak.

CANTUM bahagian dalam kain corak bertemu corak dan bahagian lining bertemu lining.
CANTUM bahagian dalam kain corak bertemu corak dan bahagian lining bertemu lining.

TERBALIKKAN bahagian luar kain corak dan jahitkan.
TERBALIKKAN bahagian luar kain corak dan jahitkan.

PASANGKAN kepala zip dan cantumkan hujung kiri dan kanan kain.
PASANGKAN kepala zip dan cantumkan hujung kiri dan kanan kain.

LUKIS kotak dan gunting.
LUKIS kotak dan gunting.

JAHIT kemasan di bahagian hujung.
JAHIT kemasan di bahagian hujung.

JAHIT dan cantumkan setiap bucu bekas pensel.
JAHIT dan cantumkan setiap bucu bekas pensel.

APABILA siap terbalikkan bekas pensel.
APABILA siap terbalikkan bekas pensel.

Bahan-bahan untuk hasil bekas pensel:

1) 2 helai kain corak bersaiz 0.18 meter (m) x 0.3m

2)2 helai kain lining bersaiz 0.18m x 0.3m

3) 2 helai kain gam bersaiz 0.18m x 0.3m

4) 1 zip berukuran 0.3m

5) 1 tali beg kapas bersaiz 0.03m x 0.2m dan 2 bersaiz 0.03m x 0.08m

6) 1 kepala zip

Kaedah penyediaan

1) Lekatkan kain gam pada kain corak.

2) Cantumkan kain corak, zip dan kain lining dengan jahitan.

3) Bukakan kain tadi dan jahit tindih bahagian luar kain corak.

4) Ulang langkah 2 dan 3 untuk kain sehelai lagi.

5) Cantum bahagian dalam kain corak bertemu corak dan bahagian lining bertemu lining.

6) Terbalikkan bahagian luar kain corak dan jahitkan tali 0.08m tadi ke bahagian luar corak.

7) Pasangkan kepala zip.

8) Cantumkan hujung kiri dan kanan kain.

9) Lukiskan kotak di setiap penjuru kain dan guntingkan.

10) Jahitkan kemasan di bahagian hujung yang berbaki sama ada dengan 'binding tape' atau jahitan mesin jahit tepi.

11) Pasangkan tali pemegang.

12) Jahit dan cantumkan setiap bucu kotak pensel.

13) Sekali lagi jahitkan kemasan di bahagian hujung bucu berkenaan dan 'binding tape' atau jahitan mesin jahit tepi.

14) Apabila siap, jahit setiap bucu itu dan terbalikkan beg ke bahagian yang elok.

15) Bekas pensel siap untuk digunakan.

NOOR Hayati bersama
NOOR Hayati bersama

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Julai 2021 @ 6:31 AM