BEG tote DIY.
BEG tote DIY.
Muhamaad Razis Ismail


DALAM suasana norma baharu ini lebih banyak masa diperuntukkan di rumah berbanding di luar.

Pengisian bermanfaat dalam kelapangan masa di rumah dengan pelbagai kreativiti sendiri ada kalanya mampu menjana pendapatan sampingan.

Bagi suri rumah, Noor Syerifazidazetty Mustapha, 36, masa terluang yang dimiliki dimanfaatkan dengan menghasilkan pelbagai jenis beg termasuk beg tote, beg silang, beg galas dan sebagainya secara lakukan sendiri (DIY) sejak tiga tahun lalu.

Katanya, dengan menjadikan saluran YouTube sebagai rujukan, kini dia mampu menghasilkan pelbagai reka bentuk beg secara DIY sebagai pendapatan sampingan.

"Biarpun tanpa kemahiran, pembuatan beg secara DIY amat mudah. Berbekalkan kos sekitar RM20 dan hanya mengambil masa selama satu jam, anda mampu menyiapkan beg tote sendiri.

"Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah kerja yang diberikan atau sekiranya kurang faham boleh menonton di saluran YouTube.

"Paling penting jangan mudah mengalah dan cuba berkali-kali sehingga mahir sebelum menghasilkan pelbagai reka bentuk beg lain," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Bahan-bahan untuk hasilkan beg tote bersaiz 35 sentimeter
(sm) x 22sm x 7sm

- 2 helai kain bercorak poly kanvas berukuran 39sm x 28sm

- 2 helai kain bercorak poly kanvas berukuran 8sm x 4sm

- 2 kain 'lining' polyster 600d kalis air berukuran 39sm x 28sm

- 2 pelekat 'bitting' berukuran 38sm x 28sm

- 2 kulit tiruan untuk tali berukuran 60sm x 10sm

- 1 zip berukuran 36sm

BAHAN yang digunakan.
BAHAN yang digunakan.

Kaedah Penyediaan:

TANGGALKAN pelekat 'batting' dan lekatkan pada kain bercorak.
TANGGALKAN pelekat 'batting' dan lekatkan pada kain bercorak.

Tanggalkan pelekat 'batting' dan lekatkan pada kain bercorak berukuran 3sm x 28sm. Pastikan ia lebih 1sm di bahagian atas untuk jahit zip

PENGHASILAN tali berukuran 60sm x 10sm.
PENGHASILAN tali berukuran 60sm x 10sm.

Untuk tali ambil kulit tiruan berukuran 60sm x 10sm dan lipat empat dan kemudian jahit lurus.

JAHIT tali sedikit pada bahagian tali.
JAHIT tali sedikit pada bahagian tali.

Tandakan 12sm dari kiri dan kanan pada bahagian pelekat 'batting' yang sudah dilekatkan pada kain bercorak tadi untuk kedudukan tali panjang tadi.

JAHIT tali sedikit pada bahagian tali.
JAHIT tali sedikit pada bahagian tali.

Jahit sedikit pada bahagian tali itu.

JAHIT untuk kedua-dua bahagian kain bercorak tadi.
JAHIT untuk kedua-dua bahagian kain bercorak tadi.

Jahit untuk kedua-dua bahagian kain bercorak tadi. Pastikan kedudukan tali itu sama.

UNTUK hasilkan zip.
UNTUK hasilkan zip.

Ketepikan bahagian tadi dan beralih pada zip. Ambil kain berukuran 8sm x 4sm dan lipat pada empat dan kepitkan pada hujung kiri dan kanan zip sebelum jahit pada bahagian itu.

Kemudian jahit tindih ketiga-tiga bahagian tadi dan terbalikkan kain itu sebelum jahit tindih sekali lagi dengan mengulangi langkah sama untuk bahagian satu lagi.

Selepas siap, tandakan 10sm dari kiri dan kanan di bahagian bawah polyster 600d untuk memudahkan kerja menterbalikkan beg ke permukaan yang elok.

Potong petak berukuran 3sm x 3sm pada setiap bucu dan jahit

Apabila siap, jahit setiap bucu itu dan terbalikkan beg ke bahagian yang elok melalui lubang tidak berjahit.

NOOR Syerifazidazetty bersama beg tote.
NOOR Syerifazidazetty bersama beg tote.

Beg tote siap untuk digunakan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 6:35 AM