SEJARAH serta gaya hidup tidak sihat seperti makan bersama gajet dan pengambilan makanan tinggi gula, garam dan kalori.
SEJARAH serta gaya hidup tidak sihat seperti makan bersama gajet dan pengambilan makanan tinggi gula, garam dan kalori.
Nurul Husna Mahmud

RAMAI menyangkakan masalah kegemukan dan tidak berjaya menurunkan berat badan berpunca daripada faktor gaya hidup yang tidak sihat dan pengambilan makanan tinggi kolesterol serta tinggi lemak.

Sedangkan terdapat faktor terpencil khusus menyebabkan wanita memiliki berat badan berlebihan berdepan masalah itu. Meskipun sudah melakukan usaha menurunkan berat badan termasuk melakukan diet ekstrem.

Namun keadaan itu tidak menjadikan berat berkurang malah mendedahkan mereka kepada komplikasi lebih serius seperti kemungkinan strok atau koma. Disebabkan tidak mengetahui ia sebenarnya berpunca daripada masalah hipotiroid.

Pegawai Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Nur Nadirah Khairudin mengakui ada dalam kalangan pesakit yang sukar menurunkan berat badan meskipun sudah melakukan senaman dan permakanan sihat kerana mempunyai gangguan hormon.

"Hipotiroid ialah masalah gangguan hormon berkait dengan kelenjar tiroid yang tidak lagi aktif menghasilkan hormon tiroid mencukupi atau jumlahnya terlalu sedikit menjejaskan fungsi tubuh termasuklah metabolisme badan.

"Biasanya risiko bagi wanita berusia 50 tahun ke atas namun boleh terjadi pada golongan wanita berusia 30-an hingga 50-an yang menghidap sejenis penyakit autoimun dipanggil Hashimoto.

PROGRAM bersama pesakit diabetes untuk diet baik.
PROGRAM bersama pesakit diabetes untuk diet baik.

PROGRAM bersama wanita boleh mengenal pasti isu pemakanan baik untuk wanita.
PROGRAM bersama wanita boleh mengenal pasti isu pemakanan baik untuk wanita.

"Jadi, mereka ini mudah mengalami rasa letih dan tidak produktif. Selain itu mereka turut mengalami kenaikan berat badan mendadak dan masalah kolestrol serta sembelit," katanya.

Pesakit ini diburukkan lagi dengan sejarah gaya hidup tidak sihat yang mana disebabkan perubahan trend masa kini dengan pengambilan makanan segera dan tidak aktif.

"Perlu sedar asasnya untuk menikmati hidup sihat menerusi permakanan, tiga perkara menjadi keutamaan prinsip berkenaan iaitu seimbang, kesederhanaan dan pelbagai.

"Berbanding trend pola pemakanan terkini, rata-rata lebih suka dengan makanan tinggi gula, garam dan lemak. Ia antara kesinambungan daripada makanan viral yang mudah didapati tanpa mengira acara.

"Sebagai contoh, dulu goreng pisang hanya bersama tepung tetapi kini sudah ditambah keju dan coklat yang lebih tinggi segi kalori.

"Faktor lain ialah tabiat langkau waktu makan dan gemar makan bersama gajet termasuk ketika menggunakan telefon pintar atau laptop juga mendorong nafsu makan," katanya tidak menolak wanita dalam keluarga bekerjaya memilih membeli makanan di luar.

Dalam membantu pesakit hipotiroid mendapatkan diet seimbang, kata Nur Nadirah, pesakit ini masih perlu menjalani rawatan penggantian hormon tiroid seumur hidup untuk bantu tangani masalah berat badan dan komplikasi lain.

PERLU sesi rundingan bagi memberi penekanan lebih komprehensif mengenai diet ideal untuk kesihatan.
PERLU sesi rundingan bagi memberi penekanan lebih komprehensif mengenai diet ideal untuk kesihatan.

Permakanan lebih membantu dan memberi sokongan supaya tubuh tidak mendapat komplikasi lain daripada masalah kesihatan berkenaan.

Beliau menyenaraikan Pengurusan Pemakanan Hipotiroid seperti berikut;

1. Kawalan Berat Badan

Impak kurangnya penghasilan hormon tiroid juga menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi perlahan. Pesakit hipotiroidisme perlu kawal jumlah dan jenis makanan diambil. Ia dipadukan dengan senaman sekurang-kurangnya 30 minit bagi empat hingga lima kali seminggu.

Tip penjagaan berat berdasarkan panduan 3J

Jadual Makan

Perlu teratur ketika sarapan, makan tengah hari dan malam. Untuk makan malam perlu diambil sekurang-kurangnya empat jam sebelum tidur. Pilihanlah snek sihat untuk sebelah petang atau minum pagi seperti buah-buahan atau biskut rendah kalori.

Jumlah makanan

Sukat makanan mengikut Pinggan Sihat Malaysia (suku suku separuh) atau sukatan tangan individu. Contoh karbohidrat satu genggam, protein satu tapak tangan, sayur-saturan dua tapak tangan dan buah-buahan satu genggam.

Jenis Makanan

Pilihlah makanan kurang berminyak dan hidangan segar berbanding makanan proses serta sejuk beku.

2. Kawalan kolestrol

Ini bukan saja kawalan terhadap makanan tinggi kolesterol, kurang lemak tetapi pengambilan tinggi serat.

Makanan tinggi kolesterol meliputi organ dalaman seperti hati, limpa dan paru atau makanan laut seperti udang hanya dihadkan sebulan sekali. Begitu juga hidangan tinggi lemak terutama trans lemak menyebabkan paras kolestrol meningkat dalam darah.

Perbanyakkan pengambilan serat iaitu 25 hingga 30 gram sehari dengan pengambilan air mencukupi setiap hari iaitu dua liter. Ini juga bantu kawalan komplikasi hipotiroid seperti sembelit.

NUR Nadirah menyarankan antara kawalan baik pada pemakanan Hipotiroid ialah mengikut panduan Pinggan Sihat Malaysia.
NUR Nadirah menyarankan antara kawalan baik pada pemakanan Hipotiroid ialah mengikut panduan Pinggan Sihat Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 7:01 AM