FABRIK dan motif bantu tonjolkan kelebihan bahagian tubuh tertentu. FOTO Ihsan Emi Idura Che Hashim
FABRIK dan motif bantu tonjolkan kelebihan bahagian tubuh tertentu. FOTO Ihsan Emi Idura Che Hashim
Nurul Husna Mahmud

TAKUT dilabel tidak mengikuti trend terkini atau dikatakan ketinggalan zaman membuatkan ramai antara kita gagal membuat pemilihan gaya baju raya yang sepadan.

Akhirnya baju raya dibeli tergantung 'sepi' di dalam almari selain hanya dipakai sekali selepas menyedari gaya busana dikenakan tidak sesuai.

Bagi Perunding Imej dan Warna Profesional TopToToeStyliesta Image Consulting Emi Idura Che Hashim, situasi itu antata kesilapan sering berlaku apabila individu membeli baju raya untuk diri sendiri atau seisi keluarga.

Katanya, seperti membeli keperluan lain, pembelian baju raya juga perlu ada perancangan terutama ketika ini apabila penularan Covid-19.

"Sindrom FOMO atau 'fear of missing out' sering berlaku apabila seseorang membuat keputusan terburu-buru membeli atau memilih gaya busana raya tanpa membuat penilaian dan perbandingan selain terlalu mengikut kehendak.

"Fenomena ini biasa berlaku apabila kebanyakan kita hari ini terdedah kepada media sosial dan melihat kehidupan yang lebih baik dinikmati kawan-kawan, rakan sepejabat, adik-beradik mahupun orang sekeliling.

PADANAN baik tidak sarat sebaliknya mengikut warna kesesuaian fabrik dan jenis potongan rekaan. FOTO Ihsan Emi Idura Che Hashim
PADANAN baik tidak sarat sebaliknya mengikut warna kesesuaian fabrik dan jenis potongan rekaan. FOTO Ihsan Emi Idura Che Hashim

"Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan ramai antara kita mudah tertekan, mendorong untuk saling bersaing kerana takut dilabel tidak mengikuti trend terkini atau dikatakan ketinggalan zaman jika tidak memiliki barangan produk mahupun perkhidmatan yang dikatakan 'trending," katanya.

Tambah penulis buku 'Kuasa Warna' itu juga, ia turut didorong faktor persekitaran yang mana pereka fesyen tempatan termasuk kalangan selebriti dan Instafamous saling berlumba-lumba memperkenalkan rekaan raya seawal empat bulan sebelum tiba Aidilfitri.

"Peminat fesyen terutama mempunyai gaya kecenderungan meminati gaya fesyen artis tertentu lebih mudah terpengaruh sehingga sanggup berhabis.

"Saya juga pernah mengalami fasa sama iaitu obses untuk membeli barangan berjenama dengan tag harga dan label yang dikenali ramai.

"Tetapi, apabila mendalami ilmu dalam bidang ini daripada pakar industri, ia banyak membuka mata saya.

"Saya melihat obses terhadap fesyen menerusi pembelian, barang 'trending' selalunya menawarkan harga lebih tinggi daripada yang tiada jenama boleh memakan diri.

"Sedangkan pembelian baju raya tidak pula memberikan impak 'wow' seperti yang diidamkan. Biasa-biasa saja!" katanya.

Saranan beliau, dalam setiap pemilihan gaya termasuk raya tidak semestinya perlu mengikut trend sebaliknya pertimbangan teliti terutama bersesuaian keperluan.

GALAKKAN individu mempelajari ilmu penggayaan. FOTO Ihsan Emi Idura Che Hashim
GALAKKAN individu mempelajari ilmu penggayaan. FOTO Ihsan Emi Idura Che Hashim

"Tip saya dalami ilmu dalam penggayaan terlebih dahulu. Ketahui, kenal pasti 'wow' faktor pewarnaan peribadi, kesesuaian fabrik, jenis rekaan dan skala corak.

"Bukan fokus apa yang trending semata-mata kerana pembelian yang dikira berbaloi adalah jenis pilihan yang membolehkan kita (pengguna) mengenakannya beberapa kali sebulan atau setahun," katanya.

Tambahnya, dalam penjenamaan dan penggayaan imej profesional, penting untuk memberikan ruang kepada orang ramai yang melihat fokus titik utama (focal point) iaitu di kawasan muka dan bahagian badan atas (torso badan).

Berikut antara amalan dalam menentukan gaya yang sesuai

1)Pemilihan padanan baju sehingga aksesori mengikut rekaan dan potongan, jenis fabrik dan hiasan selain warna.

2)Rahsia wanita yang sentiasa tampil anggun dan versatil adalah mereka sering tampil ringkas serta minimalis.

3)Jika tudung sudah dipenuhi hiasan atau jenis bercetak (printed) elok sahaja dipadankan dengan baju raya polos atau baju raya tanpa hiasan yang terlalu menonjol.

4)Jangan ulangi atau memilih untuk bercorak di kedua-dua tudung dan baju sehingga menyebabkan ia 'clash' dan tidak harmoni pada pandangan.

SENTIASA membeli mengikut keperluan dan kesesuaian. FOTO Ihsan Emi Idura Che Hashim
SENTIASA membeli mengikut keperluan dan kesesuaian. FOTO Ihsan Emi Idura Che Hashim

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2020 @ 7:00 AM