BIARPUN tanpa peralatan spesifik, tetap boleh dilakukan di ruang tamu atau dalam bilik tidur.
BIARPUN tanpa peralatan spesifik, tetap boleh dilakukan di ruang tamu atau dalam bilik tidur.
Muhamaad Razis Ismail

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan membasmi penularan wabak Covid-19 kepada lebih ramai mangsa di negara ini.

Berdasarkan arahan yang dikeluarkan, semua institusi pendidikan ditutup dan kakitangan sektor swasta serta kerajaan kecuali 25 sektor diklasifikasikan penting juga ada diminta bekerja daripada rumah.

Kini PKP dilanjutkan dua minggu lagi berikutan berlaku peningkatan terhadap jumlah kes pandemik itu. Berada di rumah sepanjang masa, pastinya akan membuatkan kita sedikit bosan apabila terpaksa berhadapan rutin sama.

Di laman sosial, ramai yang merungut apabila hanya bangun, makan dan tidur sepanjang masa, sekali gus melahirkan kebimbangan berat badan naik dalam tempoh itu.

Alasan mereka kerana tidak dapat keluar ke gimnasium, pusat kecergasan atau ke taman untuk berjoging seperti yang dilakukan sebelum ini.

Bagaimanapun, sebenarnya sepanjang berada di rumah, anda juga masih boleh menjalankan senaman untuk memastikan kekal cergas.

Jurulatih dan Pengurus Operasi Bangi Fitness, Norhaliza Md Said berkata, senaman tidak terhad dilakukan di gimnasium, pusat kecergasan atau taman permainan.

TEKNIK Squat membantu membentuk otot di bahagian paha, kaki dan betis.
TEKNIK Squat membantu membentuk otot di bahagian paha, kaki dan betis.

POSISI melutut untuk keseimbangan badan.
POSISI melutut untuk keseimbangan badan.

BURPRESS memerlukan individu membuat beberapa gerakan.
BURPRESS memerlukan individu membuat beberapa gerakan.

Katanya, biarpun tanpa peralatan spesifik, senaman tetap boleh dilakukan di dalam rumah termasuk di ruang tamu atau dalam bilik tidur.

“Sebenarnya tiada alasan untuk kita tidak boleh lakukan senaman. Senaman yang dilakukan di mana-mana lokasi pun akan memberi kesan kepada individu itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, untuk kekal sihat dan cergas senaman adalah elemen yang penting selain menjaga makanan.

Katanya, dengan senaman, boleh membantu menguatkan jantung dan otot selain dapat memperbaiki struktur dan keseimbangan badan.

“Lebih penting, senaman yang betul dapat membakar kalori, sekali gus dapat turunkan atau berat badan sedia ada,” katanya.

Terdapat beberapa senaman yang boleh dilakukan antaranya melakukan ‘squat’ sebanyak 20 kali.

“Senaman ini boleh membantu membentuk otot di bahagian paha, kaki dan betis, di samping menguatkan bahagian ‘core body’.

“Selain itu, boleh lakukan posisi melutut sebanyak 20 kali yang baik untuk keseimbangan badan, koordinasi tubuh, dapat mengembangkan otot paha dan memperkuatkan pinggul,” katanya.

SENAMAN mengangkat lutut dapat kuatkan otot 'gluets' dan hamstring.
SENAMAN mengangkat lutut dapat kuatkan otot 'gluets' dan hamstring.

LOMPAT bintang untuk kuatkan jantung dan kardiovaskular.
LOMPAT bintang untuk kuatkan jantung dan kardiovaskular.

SIT up dapat tambahkan kekuatan abdomen.
SIT up dapat tambahkan kekuatan abdomen.

PLANK dapat stabilkan teras badan dan baiki postur badan.
PLANK dapat stabilkan teras badan dan baiki postur badan.

Pada masa sama, boleh lakukan senaman ‘burpees’ yang baik untuk seluruh badan.

“Ia dapat membina kekuatan dan ketahanan serta meningkatkan kadar denyutan jantung. Selain itu ia dapat mempengaruhi keseimbangan dan koordinasi badan.

“Senaman mengangkat lutut (high knees) juga dapat menguatkan otot ‘gluets’ dan otot hamstring,” katanya.

Beliau berkata, senaman ‘jumping jack’ boleh dicuba kerana ia banyak membantu menguatkan jantung dan kardiovaskular.

Senaman yang biasa dibuat ‘sit up’ sebanyak 15 kali yang baik untuk abdomen dan menguatkan otot perut.

“Begitu juga dengan senaman ‘plank’ selama 20 saat. Ia bukan sahaja dapat menambah kekuatan pada otot abdomen, malah mampu menstabilkan kekuatan teras badan dan memperbaiki postur badan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 7:00 AM