- Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
- Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Suzalina Halid


Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menjadi pemilik pertama di dunia menerima kenderaan kereta keluaran China, Hongqi L5.

Kereta keluaran FAW Group yang menampilkan rekaan gaya retro ini digunakan pemimpin tertinggi China bagi acara negara serta diplomatik.

Seri paduka berharap Malaysia menggunakan keupayaan untuk memanfaatkan dan meningkatkan jumlah dagangan, pertukaran teknologi serta turut mengembangkan eksport ke China.

Baginda juga berharap lebih banyak syarikat China akan melabur di Malaysia, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini.

"Pertemuan bersama seri paduka baginda bagi membincangkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan China serta isu semasa berkaitan dua negara.

"Dalam sesi mengadap ini, seri paduka turut berkenan memberikan pandangan mengenai hala tuju hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara dan keperluan untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang lebih luas," menurut Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Presiden FAW Hongqi Global, Wang Lingyu; tokoh perniagaan Tan Sri Lim Kok Thay dan Datuk Lim Chee Wah.

Sultan Ibrahim juga menerima mengadap Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2024 @ 4:53 PM