DATUK Dr Jim Khor (Dua dari kanan) memperkenalkan model terbaharu Yamaha Tenere 700 Baharu untuk pasaran Malaysia.
DATUK Dr Jim Khor (Dua dari kanan) memperkenalkan model terbaharu Yamaha Tenere 700 Baharu untuk pasaran Malaysia.
Lizam Ridzuan

 

KOTA KINABALU: Sempena dengan acara Karnival Yamaha GEN BLUE 2023 yang pertama kali diadakan di Kepulauan Borneo, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan model pengembaraan terbaharu Yamaha Tenere 700 2023.

  Ia dilancarkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries (HLI), Datuk Dr Jim Khor adalah motosikal segmen pengembaraan 'on-and-off road' pertama HLYM di negara ini.

 Motosikal ini dikuasakan dengan enjin 689cc, dua silinder sejukan cecair DOHC dengan kuasa 73PS pada 9,000 rpm dan tork 68Nm pada 6,500rpm.

 Tenere 700 Baharu juga dengan saiz roda jejari hadapan 21 inci dan belakang 18 inci serta jarak kelegaan jalan 240 milimeter (mm), tinggi pelana 875 (mm) dan tangki bahan api 16 liter.

  Ciri lain dengan Brek Anti-Kunci (ABS) 3 mod, lampu hadapan dengan empat LED, fork long-travel 43mm, meter TFT bersaiz 5 inci serta penyerap hentakan belakang boleh laras.

  Untuk pasaran Malaysia, Yamaha Tenere 700 Baharu adalah pemasangan tempatan (CKD) yang kini dibuka untuk tempahan, ditawarkan pada harga RM69,988 (atas jalan tanpa insurans) dan akan berada di pasaran pada awal 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 September 2023 @ 1:49 PM