EDISI terakhir enjin ICE untuk Lotus.
EDISI terakhir enjin ICE untuk Lotus.
Lizam Ridzuan


Mampu memecut dari sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 4.4 saat serta kelajuan maksimum sehingga 290 km/j antara karakter Lotus Emira i4 First Edition.

Ia ditawarkan untuk pasaran di negara ini pada harga RM998,000 (atas jalan termasuk cukai) sebagai model terakhir yang dikuasakan enjin ICE hanya untuk model 2023 sebelum harga rasmi berkuatkuasa RM1,095,000.

Enjin aluminium tengah empat silinder ini paling berkuasa dipasang pada model dua tempat duduk menerusi janaan 2.0 liter turbo untuk 360 kuasa kuda brek (bhp) pada 6,600 rpm dan tork 430Nm pada 3,000-5,500rpm.

Ia juga dengan kotak gear transmisi dwi-klac (DCT) lapan kelajuan automatik menggunakan teknologi Mercedes-AMG.

Rekaan luaran banyak dipengaruhi daripada model Hypercar Evija dengan ciri lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL) LED dengan bentuk bilah berkembar ciri signature Lotus.

Bentuk pintu beralun bersama pemegang yang boleh disembunyikan membantu mengurangkan seretan angin serta corong kemasukan udara yang bersepadu ke dalam rekaan belakang bagi membantu penyejukan enjin.

Corong hitam berkilat pada bahagian belakang bukan sekadar gaya malah ia berfungsi melepaskan udara dari roda yang disempurnakan dengan penyerap udara belakang dengan dua ekzos dan nombor pendaftaran.

Untuk ruang kabin menawarkan elemen kemewahan dengan material berkualiti tinggi dan teknologi terkini seperti bentuk roda stereng rata bahagian atas, meter TFT bersaiz 12.3 inci dan skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci dengan keterhubungan Android Auto atau Apple CarPlay.

KABIN dengan material berkualiti tinggi.
KABIN dengan material berkualiti tinggi.

Ciri lain dengan sistem audio premium 560W 10 saluran dibangunkan bersama KEF dan tekologi Uni-Q untuk akustik terbaik.

Tempat duduk boleh laras 12 ketetapan dengan ciri pemanas selesa bagi kegunaan harian atau perjalanan jauh daripada material kulit Nappa atau Alacantara dan jahitan warna kontra.

Empat pek pilihan sebagai ciri standard seperti kemasan hitam berkilat pada bumbung, bingkai bumbung, perumah cermin sisi dan emblem Lotus bahagian belakang serta kemasan ekzos hitam satin.

MENAWARKAN prestasi dan keselesaan.
MENAWARKAN prestasi dan keselesaan.

Pek Design dengan kaca provasi, pedal sports, kemasan bumbung Alcantara dan karpet lantai Emira.

Pek Convenience dengan sensor parkir hadapan, kamera undur, pengilap cermin utama bilah Aero, cermin gelap secara automatik dan jaring pada ruang simpanan belakang.

Pek Lotus Drivers pula dengan suspensi Tour atau Sports dengan ciri Track Mode ESP dengan mod Track baharu dipaparkan pada skrin bagi tujuan pemanduan prestasi tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2023 @ 7:00 AM