TEKNOLOGI tahan lebih lama.
TEKNOLOGI tahan lebih lama.
HM Digital

TEKNOLOGI lampu LED kini menjadi pilihan utama pengeluar kenderaan di seluruh dunia kerana ia menawarkan penggunaan tenaga lebih efisien serta pencahayaan yang lebih jelas pada sebarang cuaca.

Satu daripadanya ialah mentol LED Retrofit Hella. Ia direka untuk pemasangan ciri 'plug and play' yang mudah, kompak dan menawarkan penjimatan.

Rekaan soket yang boleh disesuaikan dengan mentol halogen, kebanyakannya merangkumi 80 hingga 90 peratus dalam pasaran, memudahkan penggantian.

Menerusi suhu warna 6500K, mentol LED ini mampu menjangkau hayat lebih lama. Ia menampilkan kipas dan pemacu binaan dalam untuk tujuan penyejukan.

Selain ditawarkan pada harga berpatutan, ia menggunakan voltan elektrik yang lebih rendah dan tahan lama sehingga 50,000 jam keluaran cahaya.

Antara kelebihan mentol ini ialah penampilan bergaya dengan pancaran putih. Ia memberikan pelanggan kesan siang pada waktu malam dan lebih keselesaan semasa memandu.

Selain lampu utama kenderaan, ia menawarkan rangkaian aplikasi yang komprehensif, termasuk lampu hadapan pancaran tinggi dan rendah.

Jangka hayat yang lebih lama berbanding halogen menjadikan mentol LED Retrofit menarik untuk pemandu knderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2022 @ 6:41 AM