MODENAS Ninja 250 ABS
MODENAS Ninja 250 ABS

Selepas beberapa tempoh peralihan, akhirnya Kawasaki yang kini di bawah Edaran Modenas (Emos), memperkenalkan semula model sportbike mereka menerusi Modenas Ninja 250, Modenas Ninja 250 ABS dan segmen naked, Modenas Z 250 ABS.

Ia perkembangan terbaharu hasil peningkatan pemilikan saham bersama rakan teknikal oleh Kawasaki Motors Ltd (KMC) ke atas Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Roskan berkata, syarikat berbangga berkongsi semangat yang sama dengan pihak Kawasaki dalam mengutamakan pelanggan untuk mendapatkan produk yang berpatutan, kualiti dan berteknologi tinggi.

"Di bawah pengurusan Modenas, semua pemilik motosikal Kawasaki akan menerima tahap perkhidmatan pelanggan yang terbaik dalam menawarkan pengalaman pemilikan untuk gaya hidup serta kami sentiasa memerhati, mempelajari dan menyesuaikan operasi perniagaan untuk perkembangan perniagaan lebih besar," katanya.

MODENAS Ninja 250
MODENAS Ninja 250

Semua motosikal yang dilancarkan adalah model pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang Modenas di Gurun, Kedah.

Untuk ketiga-tiga model Modenas Ninja dan Z 250 ABS, ia dijana enjin 249cc, empat lejang dua silinder DOHC yang mampu menjana kuasa 36.8hp dan tork 23Nm.

Ia dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) (Ninja dan Z 250 ABS) dengan brek cakera tunggal hadapan dan belakang.

Motosikal ini juga datang dengan Klac Assist & Slipper serta ciri dwilampu hadapan LED, Argo Fit dan indikasi tunggangan ekonomi.

Ia ditawarkan pada harga RM18,900 (Modenas Ninja 250), RM19,500 (Modenas Z 250 ABS) dan RM20,500 (Modenas Ninja 250 ABS).

MODEL Z 250 ABS
MODEL Z 250 ABS

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2022 @ 11:37 AM