D-Max X-Terrain Baharu.
D-Max X-Terrain Baharu.
SIL pintu bercahaya.
SIL pintu bercahaya.
Lizam Ridzuan


PASARAN pacuan empat roda tempatan kini semakin membesar malah banyak pilihan dengan pelbagai ciri dan kemasan lebih menarik ditawarkan.

Satu daripadanya ialah Isuzu D-Max X Terrain yang tampil dengan lima pembaharuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Shunsuke Okazoe berkata, model yang memenangi lima anugerah untuk 'Trak Pikap Tahunan Terbaik' sejak pelancarannya setahun lalu bukan sahaja datang dengan gaya lasak malah cirinya turut dipertingkatkan.

"Isuzu D-Max kini tampil dengan dua pilihan warna baharu iaitu Silky Pearl White dan Onyx Black selain Valencia Orange.

"Untuk elemen keselamatan, ia kini dilengkapi Paparan Persekitaran 360 darjah dengan ciri 'mata burung' serta pilihan paparan 3 Dimensi dalam paparan sekin 9 inci," katanya.

PAPARAN meter 360 darjah.
PAPARAN meter 360 darjah.

D-Max Baharu ini juga datang dengan pelantar pengecas tanpa wayar Qi yang terletak dalam konsol tengah serta lampu 'selamat datang' LED pada bahagian tangga sisi untuk pencahayaan lebih baik pada malam hari.

Pelindung geseran (scuff plate) bercahaya pada pintu juga menambah sisi elegan kenderaan ini.

"Populariti model Isuzu D-Max, terutama varian X-Terrain, kekal tinggi dengan ramai pemilik kali pertama gembira dengan trak pikap moden ini.

"Tahap keselamatan dan keselesaan yang mengagumkan serta ciri versatil untuk ke mana saja dan melakukan apa saja menyebabkan semakin ramai pengguna kereta sedan beralih ke segmen ini," tambahnya.

PENGECAS telefon tanpa wayar.
PENGECAS telefon tanpa wayar.

Isuzu D-Max X-Terrain kekal dengan enjin 2,999cc 4 silinder selari VGS Turbo Intercooler Diesel DOHC.

Ia mampu menjana 190PS dan tork 450Nm selain dilengkapi transmisi 6 kelajuan automatik Sequential Shift pacuan 4X4 Automatik.

Model baru ini dijual pada harga RM146,938 (atas jalan tanpa insurans).

LAMPU ‘selamat datang’.
LAMPU ‘selamat datang’.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2022 @ 6:40 AM