Lizam Ridzuan


SEMPENA ulang tahun ke-15 model Isuzu D-Max di pasaran tempatan, diperkenalkan model edisi terhad 'Stealth'.

Tampil elemen gaya dan eksklusif, ia menyerlahkan kelainan daripada varian sedia ada yang diasaskan daripada model 4X4 AT Premium.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu putih dan hitam.

Antara elemen pembaharuan yang diberi ialah bampar hadapan dengan elemen hitam, krom dan perak serta 'skirting' sporty.

Tampil sepadan ialah rim aloi 18 inci dwi tona dengan logo Stealth, perekat grafik menyerlah serta bantuan pintu but ringan.

Lebih menarik ialah tangga sisi yang akan terbuka sebaik pintu dibuka dan kemudian disimpan kemas sebaik pintu ditutup.

KEMASAN sporty dan unik.
KEMASAN sporty dan unik.

GAYA trak pikap urban.
GAYA trak pikap urban.

Ia turut didatangkan dengan pencahayaan LED.

Di bahagian dalaman, ia dilengkapi tempat duduk kulit dan fabrik hitam dan merah serta logo Stealth.

Sistem multimedia dengan skrin sesentuh bersaiz lapan inci dilengkapi sistem bunyi menyeluruh lapan pembesar suara dan navigasi tersedia.

Untuk kemudahan pengecasan, disediakan tiga slot USB termasuk satu untuk penumpang belakang.

D-Max Stealth ini juga dilengkapi perakam video digital (DVR) hadapan dan belakang dengan storan 32GB untuk ciri keselamatan tambahan.

TANGGA sisi praktikal.
TANGGA sisi praktikal.

Ia mampu mengesan objek dengan pergerakan sudut 140 darjah atau ketika impak pada kenderaan yang kemudian boleh disambungkan ke telefon pintar melalui aplikasi IROAD.

Ciri lain ialah Monitor Paparan Sekeliling (AVM) dengan panduan imej 3D menerusi empat kamera di sekeliling kenderaan.

Untuk pemanduan, ia mengekalkan enjin 1.9 liter DDI Blue Power VGS Turbo Intercooler Diesel yang menjana 150PS dan tork 350Nm dan transmisi automatik enam kelajuan dengan Sequential Shift.

RUANG dalaman bergaya.
RUANG dalaman bergaya.

Hanya dikeluarkan sebanyak 180 unit (105 warna hitam dan 75 putih) untuk pasaran Malaysia, Isuzu D-Max Stealth dijual pada harga RM125,799 (atas jalan tanpa insurans).

Ia disertakan dengan jaminan pengeluar selama tujuh tahun tanpa had perbatuan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2020 @ 7:01 AM