Honda RS-X Edisi Repsol terhad 5,000 unit sahaja.
Honda RS-X Edisi Repsol terhad 5,000 unit sahaja.
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Diperkenalkan pada November tahun lalu Honda RS-X kini dtawarkan dengan pilihan warna baharu, Edisi Repsol.

Corak warna Repsol gaya pasukan MotoGP menyerlahkan ciri moped sentuhan gaya Super Sports dengan reka bentuk 'full-cowl'.

Ia didatangkan dengan enjin empat lejang 149cc, silinder tunggal, DOHC, sejukan cecair 'Programmed Fuel Injection' (PGM-FI) yang menjana kuasa maksimum 15.8 kuasa kuda (hp) pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm.

Selain itu RS-X juga dengan ciri keselamatan menerusi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), pemacu rantai bertutup, lampu hadapan dwi-LED, meter digital dan rekaan bahagian belakang motosikal tirus menyerlahkan gaya aerodinamik.

Terhad 5,000 unit sahaja, Honda RS-X Edisi Repsol dijual pada harga RM9,948.

Model standard dengan tiga pilihan warna Trico Edition, Biru Candy Caribbean Sea dan Kuning Lemon Ice dijual pada harga RM9,550.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2022 @ 4:37 PM