RANGGI dan agresif.
RANGGI dan agresif.
Lizam Ridzuan


HONDA RS-X 2022 Baharu yang dinantikan oleh peminat dunia permotoran tempatan akhirnya memasuki pasaran Malaysia.

Ia tampil menarik dengan sentuhan rekaan gaya super sport untuk jentera moped sebegini.

Elemen sporty dengan 'full cowl appearance' direka untuk ciri aerodinamik dengan bahagian hadapan agresif dilengkapi dengan dwi-lampu LED.

Lampu belakang LED pula menampilkan rekaan tirus.

Jentera ini berkerangka tiub berkembar dan berdimensi 2,019 milimeter (mm), lebar 727mm, tinggi 1,104mm, ketinggian tempat duduk 795mm manakala jarak kelegaan jalan 148mm.

Bahagian hadapannya dilengkapi fork teleskopik manakala belakang pula lengan ayun.

METER digital penuh.
METER digital penuh.

Ia dipadankan dengan tayar tanpa tiub hadapan 90/80-17M/C 46P manakala tayar belakang pula 120/70-17M/C 58P.

Rekaan ekzosnya pula seakan-akan jentera motosikal berkuasa tinggi.

REKAAN belakang tirus.
REKAAN belakang tirus.

Selain itu, ia datang dengan meter digital penuh, suis pembuka tempat duduk dan tangki bahan api 4.5 liter.

Jentera ini dikuasakan dengan enjin 149.16cc DOHC sejukan cecair. Ia mampu menjana 15.8 kuasa kuda (hp) pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm dengan transmisi enam kelajuan.

Ciri PGM-FI (Programmed Fuel Injection) menawarkan penggunaan bahan api efisien dan dengan penarafan enjin Euro 4, ia membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

SISTEM kunci dengan pembuka tempat duduk.
SISTEM kunci dengan pembuka tempat duduk.

Lebih penting ialah ciri keselamatan seperti brek cakera bahagian hadapan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Ia menambah keyakinan penunggang untuk membrek.

Jentera ini menawarkan pilihan warna Trico Edition, Candy Caribbean Blue Sea dan Lemon Ice Yellow.

Untuk pasaran Malaysia, Honda RS-X 2022 Baharu ditawarkan pada harga RM8,688 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000km, yang mana lebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 November 2021 @ 6:44 AM