GAYA ranggi skuter urban.
GAYA ranggi skuter urban.
Lizam Ridzuan


BAGI Modenas Karisma 125, kali terakhir model terbaharunya dilancarkan ialah pada 2016.

Selepas enam tahun, ia kembali dengan Modenas Karisma 125S Serba Baharu.

Model yang pertama kali ditawarkan ke pasaran tempatan pada Ogos 2003 itu kini datang dengan rekaan lebih sporty dan futuristik selain corak grafik ranggi berkonsepkan gaya hidup urban.

Semua lampu pada jentera ini ialah lampu nyalaan siang (DRL) daripada LED.

Ia juga dilengkapi meter analog dengan tahap bahan apinya berpaparan digital.

Ruang simpanannya yang terletak di bawah tempat duduk berkapasiti 14 liter.

Skuter ini juga dilengkapi lampu kecemasan yang boleh dinyalakan ketika keadaan memerlukan.

PILIHAN warna emas.
PILIHAN warna emas.

Ia dijana enjin 124.8cc, silinder tunggal, sejukan udara, SOHC dengan suntikan bahan api menepati piawaian Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan Euro 4.

Enjinnya mampu menjana 9.4 kuasa kuda (hp) pada 7,500 rpm dan tork 10Nm pada 6,000 rpm dengan transmisi automatik CVT.

Tangki bahan apinya pula berkapasiti 5.1 liter.

Ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu merah mystic, emas duchess dan biru aqua.

Untuk pasaran Malaysia, Modenas Karisma 125S Serba Baharu dijual pada harga RM5,397 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2022 @ 6:43 AM