SESUAI untuk kegunaan harian dan jarak jauh.
SESUAI untuk kegunaan harian dan jarak jauh.
DILENGKAPI kapasiti enjin 250cc.
DILENGKAPI kapasiti enjin 250cc.
Lizam Ridzuan


SELEPAS model Dominar D400, Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas) memperkenalkan motosikal Sport Tourer Dominar 250 Serba Baharu ke pasaran tempatan.

Ia dikuasakan dengan enjin 249cc, silinder tunggal, DOHC sejukan cecair yang menjana kuasa 27PS pada 8,500 rpm dan tork 23.5Nm pada 6,500 rpm.

Ia juga didatangkan dengan transmisi enam kelajuan klac slipper.

Ciri lain, ia dilengkapi brek hadapan dan belakang cakera dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi saluran.

Ia dibina dengan menggunakan kerangka 'Beam Type Perimeter' serta datang dengan tangki bahan bahan api 13 liter.

Ketinggian keseluruhan motosikal ialah 1,112 (milimeter) mm dengan jarak roda 1,453mm. Ia seberat 180 kilogram (kg) iaitu 7kg lebih ringan daripada D400.

Model ini ditawarkan menerusi tiga pilihan warna iaitu Hitam Sparkling, Merah Racing dan Citrus Rush.

Modenas Dominar D250 Serba Baharu dijual pada harga RM13,797 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 11:20 PM