REKAAN bergaya.
REKAAN bergaya.
Lizam Ridzuan


RANGKAIAN motosikal skuter untuk pasaran tempatan kini semakin rancak dengan pengenalan pelbagai model baharu.

Ia bukan sahaja tampil dengan rekaan lebih ranggi malah disertakan ciri teknologi terkini untuk kemudahan penunggang.

Terbaharu yang dilancarkan ialah Sym Jet X 150 dengan enjin 149.6 cc silinder tunggal, SOHC yang menjana 12.3 kuasa kuda (hp) pada 8,000 rpm dan tork 12Nm pada 6,000 rpm.

Selain itu, ia juga dilengkapi sistem kunci pintar dengan penggera untuk tujuan keselamatan, lampu LED dengan meter LCD digital penuh serta skrin 'auto dimmer'.

Skuter ini seberat 140 kilogram (kg) manakala tangki bahan apinya berkapasiti 7.5 liter.

Ruang simpanan bawah tempat duduk dengan kapasiti 18 liter pula boleh memuatkan sebuah topi keledar berpenutup penuh.

Untuk keselamatan, Sym Jet X 150 dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang dan menggunakan suspensi hadapan fork teleskopik dan belakang dwipenyerap hentakan boleh laras.

DIJANA dengan enjin 150cc.
DIJANA dengan enjin 150cc.

Seperti model skuter dalam pasaran, ia juga menyediakan soket pengecas USB untuk mengecas gajet.

Sym Jet X 150 ditawarkan melalui dua varian iaitu Standard yang dijual pada harga RM8,888 dan Special Edition pada harga RM9,188 (semua harga atas jalan tanpa insurans).

Untuk Standard, ada tiga warna pilihan iaitu kelabu, merah dan kuning manakala Biru Chameleon khusus untuk SE.

Ia juga didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer (km), yang mana lebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Mei 2021 @ 6:12 AM