Lizam Ridzuan

Putrajaya: Suzuki Malaysia (SMSB) melancarkan tiga motosikal baharu ke pasaran tempatan, terdiri daripada model GSX-R150, GSX-S150 dan Raider R150 Fi.

GSX-R150 ialah model sportbike ciri prestasi dijana enjin 147 cc, Twincam 4 Injap, silinder tunggal, DOHC, 4 lejang sejukan cecair dengan transmisi enam kelajuan.

Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Biru Metalik Titan dan Merah Stronger dan Hitam Titan dijual pada harga RM11,329.

Untuk model GSX-S150, ia berkongsi casis yang sama GSX-R150, namun dengan ciri naked bike, pemegang lebar dan pelana lebih rendah untuk tunggangan lebih selesa.

Dijana enjin yang sama ia dengan kuasa 19 kuasa kuda (hp) pada 10,500 rpm dan tork 14.0Nm pada 9,000rpm.

Ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Kuning Aura/Putih Pearl Brilliant dan Biru Titan Metalik dijual pada harga RM10,289.

SUZUKI Malaysia lancar tiga jentera jalanan 150 cc untuk pasaran Malaysia di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
SUZUKI Malaysia lancar tiga jentera jalanan 150 cc untuk pasaran Malaysia di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Sebuah lagi motosikal ialah Suzuki Raider R150 Fi yang dahulu dikenali sebagai model Belang dengan ciri moped naked tampil gaya berbeza.

Ia dijana enjin 147cc, TwinCam, 4 injap, DOHC, 4 lejang sejukan cecair suntikan bahan api menjana 18hp pada 10,000 rpm dan tork 13.8Nm pada 8,500 rpm.

Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Hitam Titan dan Biru Metalik Mat Stellar/Hitam Titan dijual pada harga RM8,173.

Semua harga atas jalan tanpa insurans dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer (km), mana yang lebih dahulu.

Hadir ketika majlis pelancaran ialah Pengerusi Kumpulan SMSB, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya, Pengarah dan Pengurus Besar SMSB, Datuk Jeffrey Lim dan Pengerusi Persatuan Pengedar Skuter dan Motosikal Malaysia (MMSDA) Datuk Wee Hong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2022 @ 3:11 PM