LEBIH 150 ahli kelab hadir ke acara ini.
LEBIH 150 ahli kelab hadir ke acara ini.
Lizam Ridzuan


SEMPENA ulang tahun ke-10, lebih 150 pemilik motosikal berkuasa tinggi Suzuki GSX-R berkonvoi dan berkumpul ke acara Perhimpunan Terbesar Gixxer Malaysia 2023.

Diadakan di Royal Perak Golf Club Ipoh, Perak, program tahunan ini juga diadakan bagi merapatkan ukhuwah.

Pengerusi Gixxer Malaysia Syahril Mazlan berkata, pelbagai acara diadakan pada hari itu termasuk persembahan nyanyian artis jemputan dan cabutan nombor bertuah.

"Kami turut membuat sumbangan amal untuk anak yatim serta ahli keluarga dalam kalangan ahli kelab yang meninggal dunia bagi membantu meringankan beban mereka,"

"Tahun ini, Gixxer mendapat tajaan bernilai lebih RM30,000 termasuk hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah GSX-R 150 bernilai RM12,000 sumbangan seorang ahli kelab kami," katanya.

HADIAH utama cabutan bertuah, motosikal GSX-R150.
HADIAH utama cabutan bertuah, motosikal GSX-R150.

Gixxer Malaysia juga memberi peluang kepada ahli kelab membuka booth untuk menjual barangan dan aksesori motosikal sepanjang program berkenaan.

Menurut Syahril, antara perancangan lain yang bakal diadakan pada tahun ini ialah aktiviti MiniGP Time Attack di Litar Go-Kart Sepang selain kelas tunggangan motosikal pada Ogos 2023.

"Kami juga menganjurkan majlis berbuka puasa di Kuantan, Pahang yang disertai lebih 50 ahli," katanya.

Ketika ini, Gixxer Malaysia mempunyai 200 ahli di seluruh negara Malaysia dan sentiasa membuka keahlian buat pemilik motosikal Suzuki GSX-R.

Buat masa ini Suzuki Malaysia Sdn Bhd menawarkan dua model GSX-R iaitu GSX-R1000R dan GSXR-150 untuk pasaran tempatan.

MENIKMATI hidangan bersama rakan-rakan ahli Gixxer.
MENIKMATI hidangan bersama rakan-rakan ahli Gixxer.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2023 @ 6:30 AM